suria

"Kuatkan Hati Seorang Isteri Dan Ibu"- Doa Fasha Buat Diana Danielle

Fasha Sandha bersama Diana Danielle.

AKTRES Fasha Sandha memberi kata-kata semangat dan berharap Datin Diana Danielle tabah menghadapi dugaan yang menimpa suaminya iaitu Datuk Farid Kamil yang ditahan polis pada Khamis.

Fasha menerusi laman Instgramnya berharap agar orang ramai turut memberi sokongan kepada Diana dalam melalui ujian tersebut.

"Ya Allah berikanlah kekuatan buat hati seorang isteri dan seorang ibu. Semoga tabah menghadapi ujian.

"Berikanlah sokongan dan doa yang baik-baik buat mereka. Semoga dipermudahkan," tulisnya pada Jumaat.

Farid Alami Masalah Mental, Rindu Anak

Farid Direman 4 Hari


Diana bersama Farid dan anak-anak mereka.

Farid Kamil Positif Dadah

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Terdahulu, Farid ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Sementara itu, Diana dalam laporan sebuah akhbar meminta ruang untuk mereka menyelesaikan perkara berkenaan.

Fasha Sandha, Diana Danielle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Farid Rindu Anak-Anak

Artikel Lain