KUALA LUMPUR: Trofi Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) diberi kelainan dengan suntikan elemen fesyen daripada pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, suntikan elemen fesyen itu bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu Fesyen dan Muzik. "Memasuki edisi ke32, Anugerah Juara Lagu masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik bagi mengangkat usaha pemuzik tempatan merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional. "Kami turut berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman para penyanyi untuk mempamer kualiti vokal dan persembahan. Finalis AJL 32 yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan. "Selain itu, buat pertama kali demi menampilkan kelainan bersesuaian tema, trofi AJL32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen Rizman Ruzaini," ujarnya. Dia ditemui pada majlis sidang media Anugerah Juara Lagu ke32 yang berlangsung di JW Marriot, di sini, Rabu. 12 buah lagu akan bertanding pada 11 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Tambahnya, fesyen antara perkara yang paling ditunggu oleh penonton selain persembahan lagu. "Muzik dan fesyen saling melengkapi, tema yang dipilih tahun ini sangat bertepatan. Sherry Alhadad dan Alif Satar hos AJL32. "Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini, pasti ramai masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani berevolusi ketika itu memakai baju berbentuk hati," ujarnya. Sementara itu, pada majlis tersebut turut mengumumkan penyanyi Alif Satar dan pengacara Sherry Al Hadad sebagai hos pertandingan nyanyian itu. Lagu yang bakal berentap pada malam tersebut ialah Akhirnya Cinta nyanyian Salma, Aku Cinta (Erni & Syamel), Aku Yang Sebenar (Hazama), Amboi (Altimet), Bayang (Khai Bahar) dan Jampi (Hael Husaini). Selain itu, Lebih Sempurna (Syamel), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Sejati (Azmi Caliph Buskers), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli) dan Warkah Untukmu (Ara Johari).