suria

"Lelaki Pun Geram Dengan Aeril" - Wawa Zainal

Aeril melayan peminat yang mahu bergambar. Foto Instagram: @w4w4_zainal

PERCUTIAN pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ke Korea Selatan baru-baru ini menarik perhatian peminat rakyat Malaysia di negara tersebut yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama.

Wawa Zainal menerusi laman Instagram miliknya berkongsi rakaman video suaminya itu merakam foto bersama dua orang peminat di sana.

Malah, aktres berusia 26 tahun ini turut menulis kapsyen mencuit hati mengenai suaminya.

Pasangan romantik, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

"Jangan kata awek Korea, orang lelaki pun ramai geram dengan Aeril cuma tak sempat nak rekod... haha... kenapa eh? Hello, bini dia kat sebelah ni," tulisnya.

Rata-rata pengikut meninggalkan komen terhibur dengan kapsyen tersebut.

Malah, ada yang memuji dan menggelarkan mereka sebagai pasangan selebriti paling romantik.

"Dia orang tak nampak Wawa kot. Wawa dan suami manis sangat tu yang semua tengok kamu berdua.

Aeril dan keluarga bercuti ke Korea Selatan.

"Sweet nya sampai orang lelaki pun geram dengan suami awak ni. Dahsyat tu!," komen netizen.

Dalam pada itu, rakaman tersebut turut mendapat respons daripada Aeril dan dia tidak ketinggalan meninggalkan komen di posting berkenaan.

"Oii... delete oii..," tulisnya.

Sehingga kini, video tersebut ditonton hampir 500,000 kali dan menerima hampir 2,000 komen netizen.

Aeril Zafrel dan keluarga mengambil peluang bercuti ke Korea Selatan sejak 10 Januari lalu.

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

Aeril Zafrel, Wawa Zainal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut