suria

Sasqia Bertunang Selepas 5 Bulan Berkenalan

Sasqia pilih jejaka berasal dari Singapura sebagai bakal suami. Foto Instagram: @sasqiadahuri.

PELAKON Sasqia Dahuri mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya Asyraff Khan, 27, di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Ahad.

Sasqia atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri, 33, berkata dia mengenali lelaki berkenaan ketika menghadiri sebuah acara di Singapura pada lima bulan lalu.

"Alhamdulillah, saya sudah mengikat tali pertunangan dengan Asyraff. Pertama kali kami bertemu ketika saya hadiri sebuah acara di Singapura.

Sasqia sudah bersedia untuk bergelar isteri tidak lama lagi.

"Dia berasal dari sana. Kami berkenalan selama lima bulan dan mengambil keputusan untuk bertunang," kata Sasqia ketika dihubungi mStar Online.

Sasqia turut berkongsi foto-foto majlis pertunangan di laman Instagram dan rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah.

Pada majlis tersebut kelihatan beberapa rakan selebriti seperti Aisyah Aziz, Dayah Bakar, Elyana dan Zahirah Macwilson yang membawa dulang hantaran.

Menurut Sasqia, dia bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Disember depan dan majlis resepsi pihak perempuan pada keesokkan hari, manakala pihak lelaki pada 29 Disember depan.

Dari kiri; Aisyah Aziz, Dayah Bakar, Elyana dan Zahirah Macwilson.

Biarpun menjalin hubungan jarak jauh, pelakon Lara Aishah ini berkata, dia tidak berhadapan dengan masalah komunikasi dengan tunangnya.

"Insya-Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Disember 2018 dan majlis resepsi disebelah saya pada 15 manakala lelaki di Singapura pada 29 Disember.

"Walaupun kami jauh tapi selalu berhubung melalui telefon. Kami berjumpa ikut giliran sama ada saya ke Singapura atau dia datang sini" ujarnya.

Sasqia Dahuri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain