suria

Artis Tak Laku, Tiada Barang Mewah... Ini Komen Altimet

Altimet enggan pamer barang mewah.

PETALING JAYA: Penyanyi rap Altimet berkata tindakannya yang tidak mempamerkan barang-barang mewah di laman sosial bukan bermakna dia tidak mampu memilikinya seperti kebanyakkan artis lain.

Sebaliknya, Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 40, berkata, dia menggunakan duit pendapatannya untuk simpanan hari tua dan membayar hutang untuk mengurangkan bebanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Altimet Nekad Tinggalkan Dunia Seni

"Aku ni bukan la kaya, tapi kalau aku cakap aku tak cukup makan, aku penipu la. Tiap-tiap hari aku keluar rumah aku doa dapat rezeki cara halal, untuk aku dan masa depan keluarga aku.

"Maafkan aku kalau aku tak beli benda-benda mewah pastu tayang kat media sosial. Kalau aku buat macam tu mungkin orang kata aku dah 'masyuk' (kaya).

"Maafkan aku sebab aku guna duit lebih aku untuk simpanan hari tua melalui amanah saham. Maafkan aku sebab aku guna duit pendapatan aku untuk bayar hutang aku dengan lebih cepat," ujarnya di laman Facebook.

Status dimuat naik Altimet.

Penyanyi lagu Amboi ini menjelaskan perkara itu berikutan komen netizen yang menganggap dia sudah tak laku sehingga membuat keputusan untuk bersara tidak lama lagi.

Sementara itu, Altimet mengakui perangainya yang kurang mempamerkan harta benda tidak digemari dan mendapat perhatian masyarakat.

"Aku tahu ramai orang kita tak nak lihat artis-artis kita berperangai macam aku, sebab perangai aku ni membosankan.

"Diorang nak tengok artis pergi melancong, beli kereta lawa, beg mewah. Betul kan?," tulisnya pada Selasa.

Jelasnya, sebagai seorang yang bekerja sebagai artis dan mempunyai keluarga, dia perlu menguruskan kewangannya dengan sebaik mungkin.

"Kerja aku ni takde gaji tetap, takde KWSP, tak boleh claim kat majikan kalau pergi klinik ke apa ke. Jadi aku kena la pandai-pandai uruskan duit aku," tulisnya.

Altimet

Artikel Berikut

Artikel Lain