suria

Farid Kamil Jalani Rawatan Di PPUM

Farid kelihatan segak dan tenang ketika hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk kes naroktik. Foto: BERNAMA.

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Farid Kamil kini menjalani proses rawatan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini dengan baik.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37, berkata dia bersyukur segala urusannya dipermudahkan.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu tidak mahu berkongsi dengan lebih lanjut mengenai apakah rawatan yang dilakukan itu.

"Alhamdulillah semuanya okey. Proses rawatan juga berlangsung dengan baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," kata Farid secara ringkas kepada mStar Online.

Farid didakwa sebanyak lima pertuduhan.

Pelakon filem Tombiruo itu melakukan rawatan dan pemeriksaan kesihatan selepas dibebaskan daripada tahanan reman pada 16 Januari lalu.

Farid dibawa ke pusat rawat itu selepas mengikut nasihat dua adiknya yang juga pelakon Fadzil Zahari dan Dr. Anis Anwar.

Menerusi laporan mStar Online pada Khamis, Farid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, pada 11 Januari lalu dan dia dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Dadah berkenaan ialah daripada kumpulan kanabis atau ganja.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes ini sama dengan tarikh sebutan empat tuduhan jenayah lain yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan.

Terdahulu, Farid juga didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 pada 16 Januari lalu.

Farid Kamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain