PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal berang apabila dituduh sengaja mencari jalan tidak mahu menyusukan anaknya Fahad Ibrahim yang kini berusia setahun selepas dia meminta tip tersebut di laman sosial. Nad, 28, berkata, dia berbuat demikian atas sebab tertentu terutamanya kerjaya sebagai pelakon kadang-kala memerlukan dia berjauhan daripada anak sulungnya itu. "Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem (Fahad Ibrahim) ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais (untuk menyimpan susu badan). "I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation," tulisnya di Instastory. Nad sudah kembali aktif sebagai pelakon. Pelakon drama Fatonah Azali itu berkata, tujuan dia mahu memisahkan susu badan adalah bagi memudahkan jika kanak-kanak itu berada bawah jagaan suaminya. Bagaimanapun, Nad berkata, tindakan itu dibuat bukanlah secara drastik sebaliknya perlahan-lahan. "Saya bagi dia let go secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak," tulisnya. Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq pada 14 0ktober 2016.