suria

Bayi Kedua Hadir Dalam Keluarga Feeya Iskandar

Feeya disamping suami dan Dr. Khamsiah yang menyambut kelahiran bayinya. Foto Instagram: @wnurashidwahab.

BEKAS penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 1.12 pagi, Rabu.

Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah melahirkan bayinya seberat 3.2 kilogram secara normal di Andorra Women and Children Hospital, Seri Kembangan, Serdang. 

Menerusi laman Instagram suaminya, Nurashid Wahab atau Rashid meluahkan rasa syukur menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Malah, dia juga mengucapkan terima kasih kepada jururawat  yang banyak membantu sepanjang berada di bilik bedah.

Selain itu, kapsyen tersebut juga disertakan hashtag yang dipercayai nama bayi kedua mereka iaitu Nuharyyan.

"Alhamdulillah syukur isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki yang kedua kami pada pukul 1.12 pagi berat 3.24 kilogram lahir secara normal bersama Dr. khamsiah.

"Tidak lupa kepada jururawat dan mak bidan yang banyak membantu di dalam bilik bedah segalanya berjalan dengan lancar #amanahallah #adikmalique #Nuharyyan," tulis Rashid.

Feeya dan Rashid berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan seorang putera bernama Adam Malique yang kini berusia setahun.

Penyampai radio itu meninggalkan Sinar FM pada 19 Januari lalu.

Feeya Iskandar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain