PELAKON Wawa Zainal selamat berangkat mengerjakan ibadah umrah ditemani bapanya iaitu Zainal Abidin Sulong. Wawa, 26, bagaimanapun berkata, suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel tidak dapat menyertai mereka kerana terikat dengan komitmen kerja. "Sudah mahu berangkat ke tanah suci. Sebelum ditanya, saya pergi dengan ayah sebab suami (Aeril) ada kerja di Kuala Lumpur. Insya-Allah akan datang kita pergi ya sayang. "Alhamdulillah, mohon doakan saya. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa, tersalah laku kepada semua baik yang saya kenal dan juga yang tidak. Perkongsian Wawa di laman Instagram pada pagi Khamis. "Semoga kami mendapat umrah yang mabrur," tulisnya. Wawa berkata demikian menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya pada pagi Khamis. Foto yang dimuat naik Wawa bersama bapanya itu menerima hampir 30,000 tanda suka dan ratusan komen daripada peminat. Sementara itu, Aeril Zafrel turut mengambil kesempatan memuat naik foto Wawa di akaun Instagram miliknya. Pelakon filem Budak Pailang ini turut memohon doa peminat semoga perjalanan isterinya itu dipermudahkan dan berjalan lancar. "Semoga pemergian dirimu Allah menjaga lurusnya niat dan amalanmu sehingga pulang dari umrah kelak. Aeril mendoakan kesejahteraan kepada Wawa dan bapa. "Mohon doa kalian buat sang ratu hati saya ini," tulisnya. Rata-rata pengikut di laman tersebut mendoakan urusan ibadah Wawa dan bapanya dipermudahkan. "Subhanallah... cantiknya bidadari syurgamu ni Aeril. Semoga dipermudahkan urusan buat Wawa Zainal dan bapa. Amin. "Aeril tak ikut sekali ya? Wawa doakan kami dapat sampai ke sana juga ya. Moga Allah permudahkan urusan kalian dunia akhirat," komen netizen.