suria

Shiera Tak Pernah Ada PA Tapi Mampu Urus Kerja Dengan Baik

Shiera tidak pernah ada pengurus yang menguruskan kerjayanya sejak berusia 18 tahun. Foto: M. AZHAR ARIF.

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Shiera tidak pernah mempunyai pengurus atau pembantu peribadi (PA) untuk menguruskan jadual kerjanya sejak dia terlibat dalam dunia seni pada usia 18 tahun.

Shiera atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, berkata biarpun dia yang menguruskan hal itu namun semuanya dapat diaturkan dengan baik.

"Sejak saya berusia 18 tahun dan mula menceburi bidang seni, saya tak pernah lantik sesiapa pun untuk menjadi pengurus atau pembantu peribadi.

"Boleh dikatakan semuanya saya yang urus dan buat sendiri jadual kerja. Alhamdulillah, sepanjang itu juga jadual saya tidak pernah huru-hara atau ada masalah," kata Shiera kepada mStar Online.

Shiera tidak ada masalah uruskan jadual kerja sendiri.

Shiera kini penyampai radio Suria FM baru untuk segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan Zulin yang memulakan tugas sejak Isnin lalu.

Tambah Shiera lagi, dia hanya akan terima tawaran berlakon atau mengacara selepas selesai tugas di segmen tersebut pada pukul 10 pagi.

Bagaimanapun, dia ada meletakkan syarat menjalani penggambaran tidak melebihi pukul 12 tengah malam kerana suaminya, Ijoy Azhari tidak menyukainya pulang ke rumah lewat.

"Saya akan terima tawaran berlakon atau mengacara tapi kena ambil yang selepas pukul 10 pagi. Kena ada perbincangan, kalau betul-betul produser nak, dia kena tunggu tugas saya selesai.

"Tapi saya akan letak syarat tidak boleh balik melebihi pukul 12 malam. Lagipun, suami saya, Ijoy marah kalau penggambaran sampai perlu balik lewat malam.

"Pernah juga saya balik lewat dan dia minta saya berhenti buat kerja itu lagi," ujarnya.

Gandingan pertama Shiera (dari kiri), Fizi dan Zulin menceriakan segmen Suria Pagi.

Dalam pada itu, pelakon drama My Coffee Prince ini tidak ada sebarang masalah bergandingan pertama kali bersama Fizi dan Zulin.

Namun, dia akui agak sukar untuk membuatkan pendengar suka dengan cara dia mengendali segmen di radio memandangkan sudah lama tidak keudara.

"Saya tak ada masalah bekerja dengan Fizi dan Zulin sebab mereka ini profesional. Saya pula hanya tambah apa yang perlu.

"Lagipun saya dah lama tinggalkan dunia radio, jadi nak tahu juga apa yang pendengar mahu dengar. Saya tak tahu mcm mana orang suka.

"Nak suruh orang suka kita bukan senang. Kalau macam orang yang dah terkenal tu, apa yang dia cakap orang dah memang suka," katanya.

Shiera, Suria FM

Artikel Sebelum

Lagu Dah Ada Cuma Tunggu Fathia

Artikel Berikut

Artikel Lain