suria

Nabila Huda Tanya Maksud 'Makcik Bawang'

Nabila tidak faham maksud gelaran 'Makcik Bawang' yang kerap digunakan netizen di laman sosial.

PELAKON Nabila Huda memberitahu sehingga kini dia masih tidak tahu maksud gelaran 'Makcik Bawang' yang kerap digunakan netizen di laman sosial.

Menerusi status yang dimuat naik Nabila di Twitter, dia mempersoalkan adakah gelaran tersebut ada kena mengena dengan bawang atau sebaliknya.

"Makcik bawang tu apa sebenarnya? Saya dah lama dengar tapi tak faham apa tu makcik bawang.

"Makcik tu jual bawang? Makcik tu bau bawang? Makcik tu ada kena mengena dengan bawang? Tak faham.

"Makcik bawang ni maksudnya makcik suka bergossip la. Habis tu kalau yang muda tapi mulut macam makcik pun dikategorikan sebagai makcik bawang juga lah kan," Tulis Nabila.

Antara penjelasan daripada pengikutnya.

Rata-rata pengikutnya turut terhibur dengan status tersebut dan ada juga yang memberi penjelasan mengenai gelaran itu.

Kata mereka, gelaran tersebut dicipta apabila sekumpulan wanita yang berusia suka bercerita tentang perihal orang lain ketika sedang memotong bawang di kenduri.

"Waktu kenduri kan ada rewang maksudnya sekelompak makcik-makcik duduk mengupas, memotong bawang and selainnya sambil bergosip. Itu yang digelar 'Makcik bawang'.

"Kuat mengumpat ataupun suka mengata orang - Diilhamkan dari kegiatan makcik-makcik merewang potong bawang sambil mengumpat.

Netizen anggap kemunculan Nabila ketika persembahan Altimet sebagai 'makcik bawang'.

"Makcik-makcik yang tengah potong bawang semasa rewang sambil mengumpat," komen beberapa pengikutnya.

Malah, ada juga yang mengatakan Nabila tidak akan menjadi salah seorang daripada golongan tersebut namun kisahnya sentiasa menjadi topik utama.

"Jangan risau, awak tak akan tergolong dalam makcik bawang. Tapi kisah awak akan sentiasa jadi topik utama makcik bawang," kata pemilik akaun bernama Hazzar Razzak.

Pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke 32 baru-baru ini, netizen menganggap kemunculan Nabila Ketika persembahan lagu Amboi nyanyian Altimet itu sebagai makcik bawang.

Nabila Huda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain