PELAKON Amyza Aznan menegur usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri agar tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetiknya. Amyza berkata, usahawan berkenaan tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi kerana tidak mempunyai bakat seni tersebut. "Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon dan menyanyi, masalahnya bagus ke? Amyza Aznan "Aku benci orang berduit kaya raya ni menggunakan platform seni untuk empayar bisnes dia orang. Ini tempat kami cari makan. Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Hargai Bakat Saya Bukan Kecam!” - Aliff Syukri ARTIKEL BERKAITAN: Pengkritik Ini Melihat ‘Badang’ Dan Aliff Syukri Umpama Badut Amyza menulis komen berkenaan pada status pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin bagi mengulas tentang tindakan Aliff Syukri yang melenting apabila lakonannya dalam filem Badang dikritik penonton. Menurut Shahrulezad, Aliff seharusnya menerima komen negatif daripada penonton yang sememangnya menjadi lumrah industri seni. Katanya, dia yang sudah melibatkan diri dalam industri sejak 20 tahun lalu masih menerima pelbagai kritikan. "Abang yang dua puluh tahun orang kutuk drama pun telan saja dengan kritikan itu sebab tahu dengan kritikan itulah kita akan belajar dan perbaiki," ujarnya. Tambahnya, kekayaan yang dimiliki oleh usahawan itu tidak semestinya mampu membeli kata-kata pujian dan sanjungan semua pihak. Paparan skrin melalui status Shahrulezad. Aliff yang membawakan watak adiwira Badang dalam filem tersebut kecewa dan terguris hati apabila lakonannya dikritik penonton. Pengasas D'herbs ini menerusi Instgramnya Isnin lalu meminta netizen tidak mengecam lakonannya secara melampau dan menghargai bakat serta penat lelahnya berlakon. Filem arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen itu turut menampilkan Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor dan Fareez Fauzi. Filem Badang kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan sejak 15 Februari lalu.