suria

Alami Sumbing Pembawa Rezeki, Nur Amna Quxandra Anak Lan Solo

Lan berkonsi gambar bersama keluarganya termasuk foto bayi baru dilahirkan Sheila. Foto Instagram: @lansolo_official.

PENYANYI Razlan atau Lan Solo berkongsi nama penuh dan wajah anak keempatnya iaitu Nur Amna Quxandra menerusi laman Instagramnya.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusuf, 33, juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara, Puchong kerana memudakan urusan untuk mendaftar nama anaknya.

Lan memuat naik foto wajah bayinya berserta sijil kelahiran selepas dua hari isterinya, Nur Sheila Hassim bersalin.

"Assalammulaikum, hi, nama saya Nur Amna Quxandra. Daddy, mummy, kak long, kak ngah, abang semua panggil kita babyXandra.

"Terima kasih @ashriszspa mandikan kita. Terima kasih juga JPN Puchong mudahkan urusan daddy untuk daftarkan nama kita tadi," tulis Lan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Keempat Penyeri Rumah Tangga Lan, Sheila

ARTIKEL BERKAITAN: Doakan Isteri Lan

Pengikut di laman sosial memuji wajah comel anak keempat Lan.

Rata-rata pengikut di laman sosial mengatakan Nur Amna yang mengalami cleft lip atau sumbing itu merupakan anak pembawa rezeki.

"Tahniah @lansolo_official. Comel sangat baby. Sama macam anak saya cleft lip dan palate tapi sekarang dah cantik sangat.

"Insya-Allah semuanya dipermudahkan buat Lan dan @sheilarazlan. Anak-anak kita istimewa!

"Tahniah. Anugerah terindah anak pembawa rezeki ni. Alhamdulillah. Hai baby Amna. Sedapnya nama," komen beberapa orang pengikutnya.

Sheila selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 4.10 pagi pada 24 Februari lalu secara normal di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Selain bayi yang baharu dilahirkan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Lan Solo

Artikel Lain