PELAKON Abby Abadi berkata dia tidak menghina atau menyimpan perasaan iri hati terhadap Neelofa berikutan perkongsiannya mengenai isu pelancaran koleksi tudung baharu keluaran syarikat milik aktres tersebut. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, berkata apa yang dikongsi di laman Instagram miliknya itu merupakan pandangan daripada pakar agama iaitu Ustaz Pahrol Mohammad Juoi. "Ini ditujukan untuk peminat-peminat Neelofa, bukan Neelofa ya, peminatnya yang salah faham berkaitan isu ni. Bila masa pula saya dengki sampai menghina Neelofa tu? Saya tak ada penyakit dengki tu. Saya nak dengki pada dia untuk apa? ARTIKEL BERKAITAN: Tak Salah Lancar Tudung Dalam Kelab Tapi Berdosa Jika Undang Fitnah - Ustaz ARTIKEL BERKAITAN: “Berniaga Tudung Di Tempat Yang Haram, Haramlah Jadinya” - Mufti Perak ARTIKEL BERKAITAN: Blogger Cantik Ini Mengaku Lalai Dibuai Muzik Kelab Malam Pelancaran Be Lofa Neelofa ketika pelancaran koleksi tudung baharu di sebuah kelab malam di ibu kota. "Cuba rujuk balik wahai adik kakak, berkaitan isu tudung dan Zouk ni, saya ambil pandangan dari Ustaz Pahrol Mohd Joui. Masih ada lagi post tu di Instagram. Saya tak mampu nak tulis sendiri sebab kurang ilmu," tulisnya di laman tersebut pada Jumaat. Abby menjelaskan mengenai hal tersebut setelah menerima komen dan kritikan daripada peminat Neelofa yang mempertikaikan tindakan dia berkongsi mengenai isu berkenaan di Instagram, baru-baru ini. Dalam muat naik terdahulu, Abby berkongsi mengenai pandangan pakar agama berkenaan perbezaan bertudung dan menutup aurat. Sementara itu, Abby berkata perkongsiannya itu adalah untuk menyedarkan masyarakat yang semakin jauh daripada Allah dan sekadar peringatan untuk menghalang perbuatan maksiat secara terang-terangan. Abby berkongsi mengenai perkara tersebut di laman Instagram. Ujarnya lagi, dia tidak berniat untuk menghina mana-mana individu dan berharap perkara tersebut tidak berulang di masa akan datang. "Saya dituduh menghina artis lain walhal saya berkongsi nak menyedarkan. Payah orang kita sebab dah terbiasa hari-hari dengan maksiat, yang mengajak pada Allah pula nampak luar biasa, nampak salah dan sebagainya. "Saya tak pernah nak dengki dengan siapa-siapa pun dalam industri hari ini sebab saya tak nak ulang kesalahan saya lagi sebab saya takutkan Allah dan berusaha untuk jaga hidayah petunjuk milik Allah ini. Aksi dan tarian oleh pengunjung menyebabkan isu ini menjadi perbualan hangat netizen. "Demi Allah, buatlah tuduhan apa pun, saya tetap juga nak sedarkan yang mana maksiat terang-terangan, bahaya! Boleh mengundang bala bukan pada pelakunya sahaja, tapi akan dapat pada kita semua," katanya. Sebelum ini, menerusi laporan mStar Online bertarikh 27 Februari, Pahrol berkata tindakan Neelofa melancarkan koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di kelab malam, tidak menyalahi peraturan Islam jika tujuannya untuk berdakwah namun ia menjadi dosa jika mengundang fitnah. Menurut pendakwah dan penulis buku itu sesuatu dakwah itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ia di tempat seperti kelab malam. Namun ujarnya, sesebuah majlis yang baik itu menjadi haram hukumnya jika ia disertakan dengan tari-menari kerana perbuatan itu ditegah oleh Islam.