suria

As'ad Motawh Tak Peduli Kecaman, Bakal Jadi Pengacara Di Indonesia

As'ad Motawh bakal bergelar pengacara program hiburan di Indonesia tidak lama lagi.

PENYANYI As'ad Motawh berkata kecaman yang diberi kepadanya iaitu menyanyi sumbang sebelum ini membuatkan dia menjadi lebih matang dan tidak mudah melatah.

Menurut As'ad, 17, dia mengambil sikap tidak ambil pusing dengan sebarang kritikan negatif yang dilemparkan netizen.

"Sekarang ini, saya lebih matang dan tak mahu terlalu memikirkan tentang kritikan orang. Apa yang baik kita ambil, yang buruk kita abaikan.

"Apa sahaja kesilapan kita buat, pasti ada yang akan bercakap, jadi tak boleh nak tutup mulut semua orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul Pertahankan As'ad Motawh Menyanyi Sumbang

As'ad tidak mudah melatah terhadap kritikan dilemparkan terhadapnya.

"Kalau teguran membina saya terima dengan hati terbuka, untuk komen yang menghentam dan menjatuhkan rasanya tak perlu layanlah," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, As'ad Motawh menerima kecaman hebat daripada netizen berhubung kegagalannya menyanyi dengan baik menerusi sebuah program di Indonesia hujung tahun lalu.

Kegagalan penyanyi itu menyampaikan lagu Asal Kau Bahagia bersama Armada Band disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Senyum ini memaklumkan dia bakal memulakan karier sebagai pengacara di Indonesia.

As'ad bakal mengacarakan program Inbox di saluran SCTV di Indonesia.

As'ad diberi peluang mengendalikan program hiburan Inbox bersiaran secara langsung di saluran SCTV setiap Sabtu dan Ahad bermula 10 Mac ini.

"Alhamdulillah tawaran ini merupakan satu penghargaan untuk saya mengembangkan bakat pengacaraan di negara seberang.

"Ikutkan saya perlu ke udara selama sebulan tapi memandangkan jadual agak padat di Malaysia, saya tak dapat nak berada di set setiap minggu.

"Selepas sebulan bersiaran, jika mereka minta saya teruskan program ini, saya akan pertimbangkan dan tak mungkin menolak," katanya.

As'ad Motawh, Indonesia

Artikel Lain