PELAKON Zul Ariffin mengakui tiada perasaan pelik apabila wujud segelintir peminat yang mahu dia dan Neelofa mempunyai hubungan istimewa setelah bergandingan bersama dalam drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari. Menurut Zul, 31, sebagai pelakon ini bukan kali pertama peminat 'menjodohkan' dia dengan heroin dalam drama lakonannya. "Ini bukan kali pertama, bila drama dapat sambutan ia akan terjadi, sebelum ini pun pernah ada juga. Jadi saya tak hairan bila muncul hashtag (tanda pagar) #Zulofa seperti yang dicipta peminat. "Soal ini saya tak boleh nak kawal peminat, itu diluar kawalan saya dan kita sebagai pelakon hanya menjalankan tanggungjawab sebaiknya," katanya kepada mStar Online. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Foto Mesra, Peminat Minta Zul Ariffin & Neelofa Kahwin Zul bersikap profesional ketika berada di set penggambaran. Pelakon filem Tombiruo Penunggu Rimba ini ditemui semasa pengumuman pencalonan kategori Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME2018) yang diadakan di Timbre @ The Row, di sini, Selasa. Untuk AME2018, Zul dicalonkan dalam tiga kategori iaitu Bintang Filem MeleTOP menerusi filem J Revolusi dan Tombiruo serta Pelakon TV MeleTOP dan Drama MeleTop. Sementara itu, Zul berkata dia lebih selesa bersikap profesional ketika di set dan menyelesaikan tugas tanpa mengharapkan kontroversi untuk melariskan drama lakonan. "Sepanjang penggambaran saya hanya fokus dengan kerja, habis shooting 16 hari kita balik buat hal sendiri macam biasa. Tiada kontroversi atau apa-apa hubungan luar. Zul tiada rasa janggal bergandingan dengan Neelofa. "Nanti bila dah nak bersiaran, kita jalankan tugaskan semula untuk promosi dan sebagainya. Itu sahaja kerja saya. Tak lebih daripada itu dan kita masing-masing faham tanggungjawab sebagai pelakon," katanya. Dalam pada itu, Zul mengakui dia selesa dan tiada rasa janggal bergandingan bersama Neelofa dalam drama arahan Michael Ang itu. Malah, mereka berdua mempunyai polisi tersendiri dan sebelum memulakan penggambaran mereka duduk berbincang mengenai perkara yang boleh dan tidak. "Kami ada chemistry yang okay dan tak rasa pelik atau janggal. Sebelum shooting, kita duduk berbincang dan tanya apa yang boleh buat dan tidak supaya tak adalah nanti kekasih atau keluarga marah. Sebelum ini, peminat turut mengharapkan Zul bercinta dengan Farah Nabilah kerana drama Titian Cinta. "Kalau kami rasa babak itu keterlaluan, kita boleh bincang untuk mengikut kesesuaian. Macam foto yang dimuat naik oleh Michael di Instagram, itu sebahagian babak di sebalik tabir. "Sekarang ni zaman internet, terlalu laju benda ini tersebar dan saya tak boleh nak kawal. Lagipun foto itu bukan saya yang muat naik tapi pengarah. Jadi saya tak boleh nak halang," katanya. Sebelum ini, Michael Ang ada memuat naik foto babak mesra di antara Neelofa dan Zul Ariffin yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri tersebut di Rome, Itali. Walaupun drama itu masih belum ditayangkan ramai mengatakan pasangan ini secocok dan sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.