suria

Intan Najuwa Perlu Kerja Biarpun Masih Sakit

Intan sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari menerima rawatan di sebuah hospital. Foto Instagram: @intannajuwa.

PELAKON Intan Najuwa memberitahu kesihatannya masih belum sembuh sepenuhnya selepas mengalami tekanan darah rendah dan rehidrasi pada Ahad lalu.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, berkata dia memerlukan rehat secukupnya biarpun sudah pulang ke rumah selepas beberapa hari di hospital. 

"Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas tiga hari menerima rawatan di hospital disebabkan mengalami tekanan darah rendah, rehidrasi selain demam kuat.

"Tapi sekarang pun belum sihat sepenuhnya. Sekejap demam, sekejap lagi baik. Tak tentu.

"Mungkin sebab cuaca panas sangat. Ada kemungkinan saya akan dimasukkan ke hospital semula jika keadaan masih sama," kata Intan kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaki, Muka, Tangan Semua Tak Rasa Apa-Apa” - Intan Najuwa


Intan masih perlukan rehat yang secukupnya.

Sebelum ini, Intan memaklumkan kesihatannya terganggu akibat tekanan darah rendah sehingga mengalami kebas pada bahagian kaki, muka dan tangan.

Rata-rata peminat mendoakan agar pelakon wanita itu cepat sembuh dan mereka juga meluahkan rasa rindu untuk melihat lakonannya.

Biarpun belum sihat sepenuhnya, Intan perlu bekerja semula disebabkan jadualnya sudah ditetapkan.

"Buat masa sekarang, saya dah mula kerja semula sebab banyak tarikh yang dah ditetapkan.

"Tapi saya kena juga cukup rehat lagi sebab belum sihat sepenuhnya," ujarnya.

Nama Intan mula dikenali selepas membawa watak sebagai Hanan Khairi menerusi drama Kekasih Paksa Rela bergandingan dengan Remy Ishak.

Drama yang ditayangkan pada Disember tahun lalu sehingga awal Januari lalu telah berjaya menambat hati peminat drama Melayu dan mecatatkan keseluruhan 11 juta penonton.

Intan Najuwa

Artikel Lain