suria

Selagi Belum Kahwin, Farah Nabilah Kena Ikut Syarat Ibu

Farah Nabilah mengakui masih bujang dan belum mempunyai teman lelaki. Foto Instagram @farahnabilahofficial

MESKIPUN dikurniakan raut wajah jelita, pelakon Farah Nabila memaklumkan dia masih bujang dan belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.

Farah, 26, berkata mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerjaya membuatkan dia tiada masa untuk mencari teman lelaki.

"Saya masih bujang dan tak ada kekasih. Mungkin sebab saya ni terlalu fokus dengan kerja dan bukan jenis bersosial jadi tak jumpa lagi lelaki yang boleh dijadikan calon suami.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Obses, Kami Tidak Bercinta” - Farah Nabilah

Farah terlalu fokus dengan kerja sehingga tidak dapat mengenali mana-mana lelaki.

"Banyak masa saya habiskan dengan kerja, waktu cuti pula dengan keluarga. Malah, ibu juga letak syarat tak izinkan saya keluar rumah tanpa tujuan dan mesti tinggal bersama mereka selagi belum berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini berkata dia ada memasang impian untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 30 tahun.

Ujarnya, sebagai seorang wanita dia mempunyai perancangan untuk membina keluarga tambahan pula melihat teman-teman rapat sudah berkahwin.

Nama Farah mula dikenali menerusi drama Titian Cinta bergandingan bersama Zul Ariffin.

"Kalau boleh saya nak berkahwin sebelum umur 30 tahun. Tak perlu nak bercinta lama-lama, kenal sekejap dan kalau rasa sesuai bolehlah kahwin terus.

"Iyalah, sebagai wanita kita nak mengandung lagi dan ada anak-anak. Jadi, lingkungan umur ini pada saya dah patut kahwin.

"Kadang-kadang tu tertekan juga tengok kawan-kawan rapat lain yang dah kahwin, tapi bila fikir semula, ini semua soal jodoh dan kalau sampai waktu ia akan datang juga," katanya yang akan mengelak cinta suami orang.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki pilihan, Farah memaklumkan dia mahukan seorang lelaki yang memahami kerjaya seninya, beriman, rajin, menghormati orang tua dan memiliki rupa paras yang sedap dipandang.

Farah Nabilah

Artikel Lain