suria

Bapa Elfira Minta Berhenti Buat Kenyataan, Sufian Tiada Niat Jaja Cerita

Sufian Suhaimi enggan mengulas isu hubungannya dengan Elfira. Foto: LOW LAY PHON / The Star

PENYANYI Sufian Suhaimi berkata dia tidak berniat ingin menjaja kisah putus tunang dengan pelakon Elfira Loy, sebaliknya hanya menjawab persoalan media ketika ditanya mengenai isu tersebut.

Menurut Sufian, 26, dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan lagi isu itu lagi memandangkan kedua-dua pihak sudah menemui jalan penyelesaian berhubung kegagalan hubungan mereka.

"Saya memang tiada niat nak bercerita tentang kes putus tunang ini, saya hanya menjawab persoalan yang diajukan oleh media. 

"Sebolehnya saya tidak mahu lagi bercerita tentang perkara ini kerana ia sudah berakhir. Jadi, selepas ini saya mohon kepada rakan media dan semuanya tidak bertanya lagi tentang isu ini," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jatuh Jugalah Air Mata Jantan Saya” - Sufian Suhaimi

Sufian ditemui semasa sesi perkongsian media bersama stesen radio Era di Redbox, The Gardens, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, menerusi sebuah portal berita, bapa Elfira iaitu Ahmad Sabri Ariffin meminta Sufian berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi putus tunang mereka.

Saat indah antara Sufian dan Elfira semasa menjadi pasangan kekasih yang kini hanya tinggal kenangan.

Dia berasakan Sufian berhak untuk tidak mengulas sebarang pertanyaan media dan tidak pasti sama ada apa dilakukannya itu merupakan strategi mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Di Matamu.

Dalam pada itu, Sufian menafikan dia menggunakan isu ini sebagai peluang publisiti untuk lagu tersebut.

"Seperti yang saya kata dahulu, lagu ini telah dicipta pada tahun lalu ketika saya masih bergelar tunangan orang.

"Netizen yang mengaitkan kononnya lagu ini ada kaitan dengan apa yang berlaku sedangkan ia hanyalah kebetulan.

"Apa-apa pun saya ingin memohon maaf jika kenyataan saya sebelum ini ada menyinggung hati mana- mana pihak," katanya.

Barisan selebriti yang hadir di sidang media program baharu stesen radio Era.

Di Matamu merupakan lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen dan akan dilancarkan pada 23 Mac depan yang sepatutunya tarikh perkahwinan mereka.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

Elfira Loy, Sufian Suhaimi

Artikel Lain