suria

Sherry Maafkan Pihak Cetus Provokasi Peminat Fattzura

PETALING JAYA: Pelakon Sherry Ibrahim memberitahu dia sudah dihubungi perunding perkahwinan Rekateemor bagi menjelaskan punca namanya dikaitkan dengan majlis perkahwinan pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin pada 11 Mac lalu.

Sherry berkata, biarpun pihak berkenaan mendakwa akaun Instagram milik perniagaan mereka telah digodam, namun dia masih tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan perkara berkenaan betul atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Tengok Wedding Fattzura?” Ayat Itu Buat Sherry Ibrahim Bengang

"Pihak sana ada memberi penjelasan kepada Sherry tentang akaun mereka digodam tapi secara peribadi tidak ada cara untuk saya mengesahkan kebenaran perkara itu. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya," ujarnya.

Kenyataan yang dimuat naik Sherry.

Umum sudah mengetahui sebelum ini Sherry dan Fattah Amin pernah menjadi pasangan kekasih, namun percintaan mereka tidak kesampaian.

Pada 13 Mac lalu, Sherry Ibrahim berang apabila perunding perkahwinan pasangan popular Fattah Amin dan Nur Fazura menulis di ruangan komen instagramnya dengan bertanyakan sama ada dia sudah melihat majlis perkahwinan pasangan itu.

Sementara itu, Sherry berkata, siapa pun yang menulis komen berkenaan telah mencetuskan provokasi diantara pengikutnya dengan peminat pasangan berkenaan.

5,000 peminat meraikan pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura pada majlis kenduri mereka pada 11 Mac lalu.

Bagaimanapun, dia secara terbuka telah memaafkan pihak yang mencetuskan perkara berkenaan.

"Faktanya siapa pun yang menulis komen di akaun Instagram Sherry tempoh hari telah menimbulkan provokasi di antara pihak Sherry dan pengikut di pihak sebelah sana.

"Dengan hati terbuka saya memaafkan pihak yang mencetuskan perkara tersebut dan juga pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak," ujarnya.

Sherry Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Lain