suria

“Orang Tak Nak Tahu Kesedihan Kita” - Achey

Achey bakal menghasilkan lagu terbaharu tidak lama lagi.

PELAWAK Achey memberitahu akan terus menghasilkan lagu baharu kerana bidang penggubahan dan penulisan lagu membolehkan dia meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

Achey, 32, berkata, ia adalah platform paling berkesan untuk dia berkongsi tentang sisi lain dirinya yang jarang diperlihatkan kepada peminatnya.

"Dalam kehidupan bukan hanya ada gelak ketawa sahaja tetapi pelbagai perkara lain kerana saya juga manusia biasa seperti orang lain.

"Pada saya menerusi lagu saya boleh luahkan pelbagai perasaan yang terbuku dalam hati termasuk kesedihan dan kesusahan saya.

"Ia platform paling baik daripada meluahkannya di laman sosial kerana bukan semua orang mahu baca tentang kesedihan diri kita di lnstagram.

Achey bergandingan dengan Risteena menerusi filem Hantu Wangan yang sedang ditayangkan dipawagam ketika ini.

Dalam pada itu, Achey berkata, kejayaan Yang Terindah juga memberi keyakinan kepada dirinya untuk terus berkarya walaupun sebelum ini dia menganggap perkara itu sekadar suka-suka.

"Jujurnya sehingga ke hari ini saya masih terkejut dengan penerimaan luar biasa peminat dan pendengar terhadap Yang Terindah.

"Kejayaan lagu itu memberi saya semangat dan keyakinan untuk teruskan berkarya tambahan pula mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga," katanya.

Yang Terindah yang ditulis khas buat isterinya, Nor Hasanah Yahaya sehingga kini mendapat tontonan sebanyak 18 juta di Youtube sejak ia dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Achey berkata, dia kini sedang dalam proses menyiapkan single terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan selepas sambutan Aidilfitri.

Achey, Yang Terindah

Artikel Lain