suria

“Saya Dah Lama Kenal Sufian” – Ini Jawab Janna Nick Komen Romantisnya

Janna berkata dia hanya bergurau dengan Sufian di laman Instagram.

PELAKON Janna Nick menjelaskan tindakannya berbalas komen berbaur romantis dengan penyanyi Sufian Suhaimi di laman Instagram hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

Menurut Janna, 23, dia sudah lama mengenali Sufian dan disebabkan itu dia mempunyai keberanian untuk meninggalkan komen sedemikian di laman tersebut.

"Sebenarnya saya dah kenal Sufian sejak dua tahun lalu dan ayat romantik itu hanyalah gurauan, bukan betul-betul pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia Dikaitkan Dengan Janna Nick - Alvin Chong 

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick Rindu Satu Perkara

Komen berbaur romantis yang ditulis Janna disalah anggap oleh peminat.

"Memandangkan nama Sufian sedang hangat diperkatakan mengenai isu peribadi (putus tunang), jadi orang mula kaitkan dengan komen saya itu.

"Saya hanya menulis tajuk lagu terbarunya berjudul Di Matamu, lagu tu pun sekarang tengah trending. Jadi jangan salah faham, kami gurau-gurau sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini menerusi akaun Instagram milik Sheila Rusly, pelakon dan penerbit itu ada memuat naik gambar dia bersama Sufian ketika menjadi tetamu jemputan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan.

Sheily Rusly mengusik Sufian Suhaimi dengan kapsyen lucu di laman Instagram.

Dalam posting tersebut, Sheila turut menulis kapsyen mencuit hati mengenai bekas tunang Elfira Loy itu.

"Bunga bukan sekuntum. Terkejut Sufian Suhaimi bila sis cakap 'cubalah petik bunga ditaman sis' Yang mana satu ek? Cer korang teka siapa yg Yan pilih? Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita tok sidang!" tulisnya pada Rabu lalu.

Sementara itu, Janna mengakui ada peminat yang mahu dia menjalinkan hubungan cinta dengan Sufian, namun ada juga yang berasa hairan apabila timbul gosip tersebut.

Peminat memahami sikap Janna yang suka menyakat teman-teman rapat.

Ini kerana kebanyakan peminat sudah mengetahui karakter dirinya yang suka mengusik teman artis dan rakan-rakan rapat.

"Saya akui kerana komen itu ada peminat yang harap kami bercinta. Tapi kalau nak tahu, yang berasa pelik pun ramai sebab mereka tahu saya memang suka menyakat rakan-rakan artis.

"Tapi kalau kawan lelaki itu sudah berpunya saya tak akan komen macam itu, kita kena hormat hubungan dan perasaan pasangan mereka," kata pelakon drama Dia ini.

Janna Nick, Sufian Suhaimi

Artikel Lain