PENYANYI Ismail Izzani tampil membuat permohonan maaf kepada peminatnya di Twitter pada malam Isnin selepas model hijabista, Sharifah Rose mendakwa remaja itu bersikap curang terhadapnya sebanyak enam kali. Ismail, 18, memberitahu dia mengakui kesemua kesalahannya selain menyesal menyakiti hati teman wanitanya. Malah apa dilakukan adalah kerana dia tidak berfikir dengan baik. "Saya tidak salahkan sesiapa. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri. "Saya mengakui semua kesalahan saya dan saya merendah diri meminta maaf. Terima kasih Allah kerana menyedarkan saya dan kepada semua terima kasih atas nasihat dan sokongan. ARTIKEL BERKAITAN: Model 'Awek' Ismail Izzani? Ismail mahu fokus kepada karier seni selepas ini. Sila bantu saya menjadi seorang yang lebih baik apabila saya gagal berbuat demikian," katanya. Pendedahan wanita itu mengenai sikap Ismail telah menyebabkan penyanyi lagu Luar Biasa ini menjadi sasaran peminat terutamanya wanita yang berang dengan sikapnya itu. Dalam pada itu, Ismail meminta maaf terhadap teman wanitanya kerana telah melukakan hatinya gara-gara sikap ego yang menyebabkan berlakunya masalah. "Tentang hubungan saya sebelum ini, saya percaya semua orang ada buat kesalahan dalam hidup mereka dan begitu juga saya. Ismail membuat kenyataan di Twitternya berhubung dakwaan bersikap curang. "Apa yang kami miliki sebelum ini adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan yang akan saya kenang sampai bila-bila. Saya minta maaf kerana melukakan hati anda dengan sikap ego saya yang membunuh perhubungan kita dan anda sepatutnya menerima lebih baik lagi," katanya. Sementara itu, Ismail berkata, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta kerana usianya yang masih muda dan memilih untuk fokus kepada karier seninya selepas ini. Malah Ismail meminta peminat memaafkannya namun tidak menghalang sekiranya ada pihak ingin terus bercakap buruk tentangnya. Sabrina memaafkan Ismail dan berharap dia menjadi insan lebih baik. "Maafkan atas semua dosa saya, kepada semua yang tetap nak cakapa buruk pasal saya teruskan, saya tak akan halang. Saya ada alasan tersendiri dan percaya, lebih baik begini," tulisnya lagi. Sabrina menerusi Twitter pula meminta netizen menghentikan spekulasi mengenai mereka selain telah memaafkan perbuatan Ismail terhadapnya. "Saya harap ini menjadi pengajaran dan peluang untuk berubah. Saya sentiasa melihat sisi baik tentang diri anda. "Bersama anda adalah saat terbaik dan terburuk tetapi kita bukan dijadikan untuk bersama. Saya maafkan awak," tulisnya.