suria

Dayang Nurfaizah muncul bersama ‘Haram’, berambut pendek selepas 10 tahun

Dayang tampil dengan imej baharu.

PENYANYI Dayang Nurfaizah membuat keputusan untuk memotong rambut selepas lebih sepuluh tahun selesa dengan imej berambut panjang. 

Pemilik nama Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 36, berkata,  dia mahu berpenampilan baharu yang lebih segar dan mudah untuk diuruskan. 

"Saya sudah bosan dengan rambut panjang yang saya kira lebih 10 tahun dengan gaya yang sama. 

"Rambut pendek senang nak bersiap lagi pula rambut sekejap je panjang jadi saya tidak bimbang,” ujarnya ketika ditemui pada rakaman program Rojak di Sri Pentas 2, Shah Alam. 

Bagaimanapun, penyanyi ini berkata, dia tidak terfikir untuk memotong gaya rambut pendek seperti lelaki yang pernah dilakukan ketika mula dikenali dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

“Tidaklah sampai pendek seperti dulu, itu tidak sesuai dengan penampilan saya sekarang,” ujarnya.

Dayang dan Hael berduet menerusi lagu Haram.

Dalam pada itu, bercerita tentang single duet bersama penyanyi Hael Husaini berjudul Haram, Dayang berkata, ia satu kolaborasi yang baik.

Katanya, Hael seorang komposer dan penyanyi yang mudah untuk bekerjasama.

“Dia hubungi saya untuk nyanyi dalam lagu ini.  Selepas pertama kali dengar sahaja saya suka dan rasa lagu itu catchy,” ujarnya. 

Dayang Nurfaizah

Artikel Lain