suria

Bapa Zahirah kecewa sikap Zul Ariffin, syukur hubungan putus

Zainol akui tidak restu hubungan Zahirah dan Zul Ariffin.

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon Zahirah iaitu Zainol MacWilson meluahkan rasa lega akhirnya hubungan anaknya dengan Zul Ariffin benar-benar berakhir.

Zainol, 59, berkata, dia sudah menjangkakan percintaan tersebut tidak mempunyai hala tuju ke arah sebuah perkahwinan.

“Alhamdulillah, saya rasa lega sekarang mereka sudah benar-benar putus. Dari pertemuan pertama lagi saya sudah dapat rasakan dia bukan seorang yang layak untuk Zahirah.

“Saya tidak restu hubungan mereka dan jangan sebut pasal kahwin pun, minta dijauhkan,” ujarnya kepada mStar Online pada Ahad.

Zainol berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu putus cinta anak sulungnya Zahirah dan Zul Ariffin.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya cium jenazah ibunya, Zul tak patut cakap begitu"- Zahirah

Zul Ariffin

Menurut Zainol, hubungan tersebut tidak sepatutnya terjadi berikutan dia kurang senang dengan sikap aktor berkenaan dari awal pertemuan mereka.

Bagaimanapun dia akur dengan keputusan anaknya untuk terus berkawan rapat dengan pelakon J Revolusi itu.

“Kali pertama Zahirah bawa saya bertemu Zul pada tahun 2015 dan ketika itu saya tidak bersalam dengannya kerana saya dapat tahu dia bersikap kurang ajar dengan ibu Zahirah.

“Jadi sepatutnya dari situ dia tahu dan tidak meneruskan hubungan. Dia tahu saya tidak suka dan dalam tempoh itu juga dia tidak berusaha pun untuk berbaik atau menunjukkan usaha perbaiki hubungan,” ujarnya.

Zainol mendakwa, Zul pernah menghubunginya menerusi telefon Zahirah bagi meminta penjelasan serta mempersoalkan beberapa perkara berkaitan kenyataannya kepada media.

Dalam pada itu, bercakap tentang dakwaan Zul tentang sikap Zahirah berswafoto berdekatan jenazah ibunya, Zainol berkata, dia sudah mendidik anaknya dengan budaya timur.

Katanya, dia percaya anaknya tidak bertindak seperti didakwa pelakon terbabit.

“Itu fitnah, Zahirah juga menafikan ada bergambar seperti didakwa. Walaupun dibesarkan di luar negara, dia masih tahu adab dan budaya yang kena hormat. 

“Saya rasa Zul tiada modal untuk bercakap sehingga menjadikan perkara itu sebagai topik,” katanya.

Dalam pada itu, Zainol berharap Zahirah tabah dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Katanya, anak dia masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang.

Zainol, Zahirah, Zul Ariffin

Artikel Lain