PELAKON Emma Maembong menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa kini. Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 26, berkata dia hanya ingin berkawan dengan semua orang dan berharap netizen bertenang sahaja. "Bersama satu-satunya kawan baik @nanarossham. Chill semua, saya tak ada masa lagi nak bercinta-cinta ni. "Jangan asal muat naik (berkongsi foto) je bercinta. Tak salahkan saya nak berkawan dengan semua. Status penjelasan yang dimuat naik oleh Emma. "Tak semestinya kena bercinta. Jadi, chill ok," tulis Emma menerusi laman Instagramnya. Emma memberitahu perkara tersebut disebabkan ada segelintir netizen yang mempersoalkan hubungannya dengan pelakon Alvin Chong. Rata-rata pengikut di laman sosial turut bersetuju dan beranggapan pelakon yang berasal dari pantai timur itu berhak untuk berkawan dengan semua orang. "Emma masih bujang lagi, apa nak hairan berkawan dengan sesiapa pun. Lagipun dia pandai menjaga perbatasan pengaulan dan suka tengok dia pakai tudung, sopan saja. Foto bersama Kamal Adli turut mendapat perhatian netizen. "Betul tu Emma. Harap-harap Emma jangan termakan hasutan dari orang-orang yang suka cari keburukan orang lain. Kalau dah jodoh dengan kawan yang mana satu pun tetap akan bersatu jua. "Tahu tak apa. Aku pun rimas tengok peminat yang over sangat ini. Have fun Emma. Love you," komen beberapa orang peminatnya. Sebelum ini, Emma ada memuat naik foto bersama Alvin ketika mereka di Jakarta untuk menonton konsert Katy Perry pada Sabtu lalu. Bagaimanapun foto tersebut telah dipadam selepas ruang komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya ingin mengetahui hubungan sebenar mereka berdua. Netizen mempertikaikan tindakan Emma memadam gambar bersama Alvin. Difahamkan, Emma tidak hanya bersama dengan Alvin ketika menghadiri konsert tersebut namun turut disertai rakan-rakan lain. Terbaru, Emma memuat naik foto bersama pelakon Kamal Adli dengan ucapan selamat hari lahir turut mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya mempertikaikan tindakan Emma memadam gambar bersama Alvin biarpun sudah dijelaskan hubungan mereka sekadar kawan. Sebelum ini Emma pernah dikaitkan dengan Zizan Razak dan kemudiannya bercinta dengan Kamal Adli.