suria

“Dia petik nama saya dulu” - Che Ta jawab kenapa dia ‘serang’ Kak Zai

Rozita Che Wan

PELAKON Rozita Che Wan berkata dia tidak pernah bermusuh atau menyimpan dendam terhadap pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain atau Kak Zai yang sebelum ini mengkritik individu berbadan gemuk dalam satu pertunjukan fesyen.

Menurut Rozita atau Che Ta, 45, dia sudah lama mengenali Zaihani dan tegurannya itu dibuat setelah wanita tersebut menulis komen berbaur hasutan di laman sosial.

"Kami okay sahaja dan saya tak pernah berdendam dengan dia. Saya tak suka gaduh dengan orang. Sebab dia 'petik' (kaitkan) nama saya, sebab tu saya buat komen balas.

"Sebelum ni tak ada masalah pun, tak patutlah dia keluar kenyataan sehingga mengaitkan pengurus saya, dia dah buat permohonan maaf tapi menghasut pula suruh orang lain jangan taja baju untuk saya," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus dituduh jadi dalangnya, Che Ta pula ‘serang’ Kak Zai

ARTIKEL BERKAITAN: Artis badan besar terus naik angin hinaan Kak Zai

Rozita ditemui di majlis pertunjukan fesyen Ariani Luminious 2018 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Kak Zai (kiri) dan Che Ta

Pada Khamis lalu, Rozita memuat naik paparan skrin dipercayai milik Zaihani yang mendakwa pengurus pelakon Kiah Pekasam itu adalah individu yang mula menyebarkan kenyataan tersebut.

Menerusi paparan skrin itu, Zaihani meminta rakan-rakannya tidak membenarkan pengurus Rozita daripada membuat pinjaman baju untuk artis-artis bawah pengurusan LOL Entertainment.

Dalam kenyataan balas itu, Rozita menulis, “Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Rozita berkata adalah tidak wajar Zaihani menghakimi individu bertubuh gemuk yang hadir ke pertunjukan fesyen.

Status dimuat naik Che Ta sebelum ini.

"Apa yang dia cakap itu salah dan saya rasa perlu tegur tentang hal itu. Sebelum ini dia juga mengata orang, tapi orang tak tahu nak bersuara.

"Lagipun awak siapa nak menghakimi orang gemuk ke apa sebab orang lain tak judge usia awak pun," katanya.

Sebelum ini, kenyataan Zaihani di laman sosial peribadinya telah menimbulkan kemarahan netizen apabila dia mengkritik individu berbadan besar.

"Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,” tulis Zaihani yang mana kontorversi itu turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Rozita Che Wan, Kak Zai, Zaihani

Artikel Berikut

Artikel Lain