suria

Rumah tangga Nazim, Bella Dally selagi boleh senyum... OKlah

Nazim Othman enggan lagi berkongsi hal peribadi di laman sosial.

PELAKON Nazim Othman membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi perkembangan peribadi dan rumah tangganya dengan aktres Bella Dally kepada umum.

Bagaimanapun, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 34, berkata, rumah tangganya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Dari segi kehidupan peribadi saya stabil, maknanya tiada kekusutan yang berlaku, tenang-tenang sahaja, selagi boleh senyum saya OKlah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman Tak Benarkan Sesiapa Usik Wajah Dan Rambutnya

“Saya tidak biasa bercakap hal peribadi, kalau ada perkembangan lain saya akan beritahu,” ujarnya kepada mStar Online.


Nazim dan isterinya, Bella Dally.

Nazim berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan rumah tangganya dengan aktres Bella Dally yang dilihat senyap sejak kebelakangan ini.

Pelakon Monalisa ini ditemui pada pelancaran koleksi baharu Hush Puppies Exhibition and Art Festival di One Utama, di sini, Rabu.

Nazim dan Bella Dally berkahwin pada 10 September 2016.

Sementara itu, ditanya tentang kekurangan mereka untuk memuat naik gambar di laman sosial masing-masing, Nazim berkata dia memilih untuk lebih menjaga privasi keluarga.

Katanya, perkara itu disebabkan beberapa perkara yang berlaku sebelum ini menjadikan dia lebih berhati-hati.

“Bukan gambar dia sahaja, gambar peribadi saya pun sudah jarang kongsikan kerana biarlah menjadi eksklusif saya sahaja.

“Saya juga sudah belajar daripada pengalaman sebelum ini iaitu terlalu terdedah di media sosial yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kami,” ujarnya.

Nazim Othman

Artikel Lain