suria

“Ia urusan saya dengan Allah”- Rakaman Fathia solat dalam kereta jadi pertikaian

Fathia solat di dalam kereta ketika menuju di sebuah pertunjukkan fesyen.

PELAKON Fathia Latiff menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, dia juga tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

“Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,” ujarnya kepada mStar Online.



Antara aksi Fathia sedang menunaikan solat yang dirakam rakan baiknya.

Pelakon Ariana Rose itu mengulas tentang aksi solatnya di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke pertunjukan fesyen Primavallet yang diadakan di Hotel Majestic, di sini, Rabu.

Video solat itu dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzokumura di Instastory pada petang Rabu.

Pemuda itu dalam kapsyen menerusi Instagram miliknya menulis Fathia melakukan solat ketika mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selain waktu solat juga hampir habis.

Melakukan solat fardu dalam kenderaan dibolehkan dengan syarat seseorang itu benar-benar berhadapan dengan kesukaran iaitu kegagalan mencari tempat bersesuaian menunaikan solat selain perlu menghadap kiblat dan dalam keadaan berwuduk.

Namun jika tidak dapat menghadap kiblat atas sebab-sebab tertentu, maka seseorang itu perlu meyakini telah menghadap ke arah kiblat.

Fathia Latiff

Artikel Lain