suria

Rasa bersalah kongsi video Fathia solat sehingga dikecam - Pendandan rambut

Fathia bersama Ridzokumura hadir di majlis tersebut.

PENDANDAN rambut yang hanya mahu dikenali sebagai Ridzokumura mengakui berasa bersalah apabila video Fathia sedang bersolat dalam keretanya menjadi tular kerana perbuatannya berkongsi rakaman itu.

Ridzokumura berkata, dia tidak berniat untuk menjadikan pelakon berkenaan sebagai bahan kecaman, sebaliknya ingin berkongsi kebaikan yang tidak diketahui masyarakat tentang wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia urusan saya dengan Allah”- Rakaman Fathia solat dalam kereta jadi pertikaian

ARTIKEL BERKAITAN: Kejar waktu bukan ‘excuse!’ Tak ada keuzuran, tak boleh solat dalam kereta kata mufti

“Dia tidak tahu tentang video yang saya muat naik petang semalam (Rabu) menjadi tular di Internet. Dia sendiri terkejut bila ditanya wartawan semalam (Rabu).

Fathia Latiff

“Saya pula rasa bersalah dan kasihan dekat dia terus menjadi bahan perbualan di media sosial,” ujarnya kepada mStar Online, Khamis.

Pemilik salun rabut Ridzokumura yang juga teman Fathia itu diminta penjelasan tujuan dia memuat naik video berkenaan yang mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen.

Katanya, sebagai seorang kawan, dia berasa kagum dengan aktres berkenaan yang tidak meninggalkan ibadah wajib itu di mana sahaja.

Dia berkawan rapat dengan pelakon Ariana Rose sejak tujuh tahun lalu.

“Saya hanya ingin berkongsi dengan pengikut raman sosial saya tentang Fathia yang orang luar tidak tahu. Dia seorang budak yang baik.

“Dia lebih banyak tahu tentang agama dan keluarga dia juga orang yang baik-baik. Sejujurnya saya sendiri kurang ilmu berkaitan agama berbanding dia.

“Sebab itu saya kagum sangat dan ingin buka mata orang luar tentang diri Fathia tidak seperti mana orang lain fikirkan,” ujarnya.

Sementara itu, Ridzokumura menceritakan situasi bahawa dia dan Fathia dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen dan mengejar waktu Asar yang sudah semakin habis.

Katanya, mereka juga terperangkap di Lebuhraya Persekutuan akibat kesesakan lalu lintas sehingga membuatkan aktres itu terpaksa bersolat di dalam keretanya.

“Kami dari Subang ke Kuala Lumpur dan waktu Asar ketika itu sudah nak habis dan kami masih berada dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan,” ujarnya.

Bukan sahaja Fathia, Ridzokumura banyak menjadi pendandan rambut kepada selebriti lain. Gambar di atas ialah Ridzokumura
bersama Haiza. FOTO: Instagram Ridzokumura.


Sebelum ini, video pelakon Fathia Latiff sedang bersolat di dalam kereta menjadi perbualan hangat netizen.

Fathia menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

"Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam," katanya.

Ridzokumura, Fathia Latiff

Artikel Lain