PELAKON sensasi Zul Ariffin memberitahu dia mungkin terpaksa berjumpa dengan pakar kiropraktik yang memfokuskan kepada masalah berkaitan sakit belakang dan sendi selepas dia mendukung penyanyi Elizabeth Tan ketika berada di lokasi penggambaran drama Misteri Dilaila baru-baru ini. Zul, 32, menerusi InstaStory di Instagram dalam mesejnya gurauannya kepada Elizabeth berkata, dia berkemungkinan perlu berjumpa dengan kiropraktik dua kali dalam seminggu akibat perkara itu. Zul dan Elizabeth Tan berlakon dalam Misteri Dilaila. "Terima kasih Lizzie jadi penyeri di set #misteridilaila dan kerana dukung you, temu janji I dengan chiropractor dah jadi dua kali seminggu. Sweet kan?," tulisnya di InstaStory. Mesej itu dibuat Zul sebagai ucapan selamat tinggal kepada penyanyi lagu Knock Knock yang sudah menyelesaikan penggambaran drama itu. Baru-baru ini, video memperlihatkan Zul mendukung Elizabeth tular di laman sosial sehingga ada menyarankan agar mereka menjadi pasangan kekasih memandangkan kedua-dua mereka belum berpunya. Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan pelakon bertubuh sasa itu kerana menyifatkan perbuatannya tidak sopan. Dalam pada itu, menerusi mesej sama, Zul juga berharap dapat kembali bekerjasama dengan Elizabeth dan meminta penyanyi itu mengambilnya sebagai pelakon dalam muzik videonya nanti. "Muzik video baru kalau tak panggil I siap!," tulisnya lagi. Sweetnya Zul Ariffin dgn Elizabeth Tan ni kan ? P/S diorg sedang berlakon filem #misteridilaila A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on Apr 25, 2018 at 10:38pm PDT