suria

Lufya ajar anak pakai tudung kena kritik

Lufya sengaja mendidik anaknya untuk memakai tudung daripada kecil. Foto Instagram: @lufyalaana.

PELAKON Lufya Omar hanya mengambil maklum komen netizen yang mengatakan anaknya masih belum sesuai untuk bertudung secara positif.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata dia sememangnya sengaja memakaikan tudung anaknya yang baru berusia enam bulan itu.

Menurutnya, ia adalah salah satu cara untuk dia mendidik pada awal usia supaya puteri sulungnya itu tidak kekok mengenakan hijab apabila sudah dewasa.

"Sebenarnya netizen salah faham, anak saya pakai tudung itu bukanlah seharian. Hanya untuk setengah jam sahaja.

Netizen kesian melihat anak Lufya yang masih kecil memakai tudung.

"Saya anggap komen mereka itu secara positif. Mungkin mereka bimbang melihat anak kecil kepanasan pakai tudung.

"Tapi bagi saya, ia salah satu cara untuk saya didik anak awal supaya nanti apabila dia dewasa dah tak rasa kekok," kata Lufya kepada mStar Online.

Video Lufya dan anaknya, Laana Haura teruja mendengar lagu Comel Pipi Merah nyanyian Datuk Siti Nurhaliza diulang siar semula (repost) di Instagram penyanyi popular itu.

Ada netizen yang mempersoalkan tindakan Lufya memakaikan tudung anak perempuannya yang masih kecil.

Lufya mahu kembali aktif dalam dunia seni.

Dalam pada itu, Lufya kini kembali aktif dalam dunia seni selepas melahirkan bayinya pada 12 November tahun lalu.

Kata Lufya, dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja tawaran berlakon dan mengacara yang sesuai dengan imejnya.

"Anak saya pun dah berusia enam bulan. Selain saya, ibu turut membantu untuk menjaganya. Jadi, tidak ada masalah untuk saya kembali aktif.

"Sekarang ini pun saya masih menantikan tawaran berlakon atau mengacara yang sesuai dengan imej saya.

"Kalau ada yang sudi, saya akan terima sahaja," katanya.

Lufya

Artikel Lain