suria

"Tak perlu keji bagai tiada hari esok"- Dira Abu Zahar

Dira Abu Zahar luah rasa terhadap bekas perdana menteri.

PELAKON Dira Abu Zahar meluahkan rasa kecewa apabila terdapat golongan dalam masyarakat melemparkan penghinaan dan bercakap buruk mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 34, menerusi Instagram miliknya berkata, dia percaya setiap yang berlaku pasti ada kebaikan di sebaliknya.

"YAB Datuk Seri Najib, saya harap Datuk Seri Najib berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.

"Walau yang dicanang kini hanya keburukan semata-mata, tapi saya percaya, dalam setiapnya, pasti ada yang baik di sebaliknya," tulisnya.

Status Dira terhadap Najib Razak.

Dira yang juga exco Puteri Umno berkata, setiap perkara yang baik perlu dijadikan tauladan, manakala yang buruk dijadikan sempadan.

Dia juga meminta orang ramai tidak terus menghukum bekas perdana menteri itu tanpa belas kasihan.

"Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa. Tak perlu nak menghukum bagai tiada dosa dan pahala.

"Tak perlu menghakimi sesiapa bagai dunia milik kita semata," ujarnya.

Dira Abu Zahar.

Tambah pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu lagisetiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Dia juga berjanji untuk terus memperjuangkan parti Umno dengan semangat baharu bersama atau tanpa presidennya.

"Kami anak muda akan terus memacu parti kesayangan ini dgn semangat yg lebih progresif, with or without u sir. Insyallah, kami takkan persiakan amanat DS. Moga Allah SWT merahmati DSN dan keluarga," tulisnya.

Dira Abu Zahar, Najib Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain