suria

“Saya tak paksa pun orang beli” - Que Haidar jawab jual baju Melayu mahal

Que tidak ada perasaan marah atau berkecil hati dengan komen negatif daripada netizen. Foto Instagram: @the_haidars.

PELAKON Que Haidar tidak berasa marah dengan komen netizen mempertikaikan harga Baju Melayu yang dijualnya dikatakan agak mahal seperti yang ditulis sebuah blog.

Que, 39, berkata tujuan dia berkongsi komen tersebut di Instagramnya supaya tindakan individu itu tidak menjadi ikutan.

"Allah, yang ni pun satu hal pula tajuk tu. Mana ada saya bengang, terguris pun tidak.

"Tujuan saya muat naik adalah untuk berkongsi saja dengan harapan netizen-netizen yang lain tidak bertindak seperti beliau," tulis Que.

Que menjelaskan keadaan sebenar tidak seperti yang ditulis blog. 

Que memuat naik paparan skrin di Instagram dengan tajuk artikel sebuah blog yang mengatakan dia bengang apabila dikatakan menjual Baju Melayu mahal sebab tiada tawaran berlakon.

Tambah pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini, dia berharap individu tersebut tidak mengulangi perbuatan berkenaan lagi.

Malah, dia juga telah memaafkan dan mendoakan agar lelaki itu dimurahkan rezeki.

"Moga beliau yang maki hamun saya di Twitter tu tidak mengulangi perbuatannya.

Komen netizen yang mempertikaikan Baju Melayu Que dijual dengan harga yang mahal.

"Saya dah pun maafkan beliau dan mendoakan agar beliau dimurahkan rezekinya. Itu saja," Katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosial meminta Que untuk bersabar dengan dugaan di bulan Ramadan.

Sebelum ini, pelakon filem Ophilia itu ada memuat naik komen netizen yang mempersoalkan harga Baju Melayu yang dijual mahal disebabkan tiada tawaran berlakon.

Namun, Que menjelaskan dia tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk membeli barang yang dijualnya.

Antara baju melayu yang dijual Que.

Kata Que, ibu dan bapanya pernah berpesan untuk membeli sesuatu dengan mengikut kemampuan sendiri.

"Saya tak pernah paksa beliau untuk sokong saya atau beli daripada saya. Selalu orang tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan kita.

"Masih ada yang berpatutan harganya tapi tak ditanya, yang ditanya baju yang Exclusive jadi saya pun beritahu la harga untuk baju yang ditanya, pula diburuk-burukkan saya," ujarnya.

Que menjual baju melayu biasa RM190 dan manakala baju melayu Exclusive berharga RM380 dijual secara online di laman Instagram @qierahman dan boleh juga didapati di booth The Haidars cawangan Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Que Haidar

Artikel Lain