suria

Johan As’ari… Lebih baik diam! Sedih! – Tegur Umie Aida

Umie tegur tindakan Johan.

AKTRES Datin Seri Umie Aida menegur tindakan pelakon Johan As'ari yang meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang ditulis menerusi Twitternya pada Selasa lalu.

Umie di laman sosialnya berpendapat bahawa aktor itu lebih baik mengambil tindakan berdiam diri daripada bersuara mengenai sesuatu yang dia tidak pasti.

“Berdiam itu lebih baik dari bercakap, bila bercakap nampak tahap pemikiran seseorang itu… sedih!” tulisnya malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Johan As'ari mengaku salah, minta maaf kepada Tun M

ARTIKEL BERKAITAN: Johan As'ari Bangga Jadi Anak Ahli Politik

Pelakon filem Dukun ini turut memuat naik paparan artikel tentang Johan As’ari yang mahu pihak polis turut memeriksa rumah Tun M.

Sebelum ini Tweet berbaur sindiran itu dimuat naik Johan mengundang rasa kurang senang netizen.

Dia turut dikecam apabila dikatakan segaja mencetuskan kontroversi bagi mencari publisiti murahan.


Status Umie Aida pada malam Rabu.

Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As'ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Sebelum ini pihak berkuasa melakukan penggeledahan di premis serta kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan menemui sejumlah wang.

Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Johan sudah memohon maaf kepada Tun M dan netizen yang tergores dengan kenyataan berkenaan.

Pelakon filem Juvana ini turut menegaskan laman Twitter adalah ruang peribadinya untuk meluahkan pendapat.

“Saya tidak ambil serius, malah saya ada hak untuk meluahkan apa sahaja yang sama mahukan.

“Saya tidak fikir perkara ini akan tular, saya rasa bersalah dan memohon maaf dengan netizen yang terguris,” ujarnya.

Umie Aida, Johan As'ari

Artikel Lain