USIKAN pengacara Awal Ashaari terhadap isterinya, Scha Al-Yahya kerana cemburu aktres itu bergambar bersebelahan aktor terkenal Chris Hemsworth menjadi perhatian pengikut kedua-dua selebriti itu. Mana tidaknya, Awal menerusi Instagram meminta Scha tidur diluar sebagai tanda protes terhadap isterinya itu. Lebih melucukan, Awal turut memuat naik gambar Scha bersama Chris yang terkenal menerusi filem Thor dengan beberapa pesanan. "Kemain eh? Sila tidur luar tonight," tulisnya. Usikan Awal terhadap Scha mendapat perhatian peminat yang menyifatkan ia melucukan. Sikap cemburu Awal tidak berakhir di situ apabila dia turut mengheret anaknya, Lara Alana dengan meninggalkan pesan agar kanak-kanak itu mengambil bantal ibunya dan diletakkan di sofa. "@laraalanaa ambik bantal Mommy, letak kat sofa bawah," tulisnya lagi. Sementara itu, Scha menerusi perkongsian di InstaStory memuat naik gambar dia tidur bersama Lara di bilik tidurnya. Dalam perkembangan sama, pasangan suami-isteri itu bertemu dengan Chris selepas dijemput menghadiri pelancaran koleksi terbaharu jenama terkenal, BOSS di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre, Singapura pada 25 Mei lalu. Scha dan Awal Ashaari ke Singapura atas undangan jenama terkenal BOSS. Selain Chris, acara itu turut dihadiri oleh duta jenama itu, Joseph Schooling dan pelakon Sebastian Stan. Scha menerusi Instagram turut berkongsi video yang menunjukkan dia duduk bertentangan dengan Chris ketika pertunjukan fesyen dan ia pengalaman menakjubkan. "Jujurnya saya seperti tidak percaya saya duduk bertentangan dengan semua bintang terkenal ini dan ia pengalaman menakjubkan. "Terima kasih BOSS kerana menjadikan saya antara tetamu penting anda," tulisnya. Quite honestly, I couldn’t believe i sat across all these amazing stars @chrishemsworth @imsebastianstan and @raisa6690 @joe_taslim it was a memorable experience for us ! Seeing the grandness of the global event, i felt so honored and proud to have been part of it. Thank you @boss for making me as one of your important guests tonight ! Superb night tonight ? #thisisboss A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on May 25, 2018 at 9:45am PDT