suria

Puteri Aishah terus bertegas tiada kaitan dengan SM Faisal

Puteri Aishah menyifatkan hubungan akrabnya dengan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin menjadi tumpuan kerana ahli perniagaan itu dikenali ramai.

PELAKON Puteri Aishah memberitahu punca namanya terus dikaitkan dengan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkemungkinan kerana ahli perniagaan terkemuka itu dikenali ramai.

Puteri, 23, berkata dia sudah lali dengan perkara tersebut kerana sudah berkali-kali menjelaskan kedudukan sebenar hubungan mereka, namun menegaskan mereka tidak menjalinkan hubungan cinta.

"Saya tiada teman lelaki! Sebelum ini pun saya sudah jelaskan hubungan saya dengan dia (Faisal) hanya rakan biasa sahaja.

"Orang terus mengaitkan kami mungkin kerana Faisal adalah VIP dan dikenali ramai sebab itu orang beri perhatian walaupun pada hakikatnya tiada apa-apa.


Puteri menegaskan hubungannya dengan SM Faisal sekadar kawan biasa.

"Pada saya mudah, apa orang hendak cakap terpulang kerana saya pun dah lali dengan perkara ini," katanya.

Puteri ditemui pada majlis Previeu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima pada malam Rabu lalu.

Dalam pada itu, pelakon itu menjelaskan kerana hubungan baiknya dengan ahli perniagaan itu, dia dilihat hanya mahu berkawan dengan golongan elit dan tertentu sahaja.

Sebaliknya kata Puteri, dia sebenarnya berkawan dengan semua golongan cuma ia tidak diberi perhatian.

Remy dan Puteri akan muncul dalam filem Pulang.

"Orang hanya nampak saya berkawan dengan VIP sahaja tetapi hakikatnya orang kebanyakan pun saya kawan.

"Tetapi dengan VIP yang orang beri perhatian dan saya bebas berkawan dengan siapa sahaja kerana saya bukan memilih bulu dalam menjalinkan persahabatan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Puteri berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Terima Aku Seadanya sebelum bercuti untuk sambutan hari raya Aidilfitri.

Selain itu, dia juga terikat dengan aktiviti promosi filem lakonan bersama Remy Ishak iaitu Pulang yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

Artikel Lain