PELAKON Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila kes saman fitnah yang difailkannya terhadap Fasha Sandha pada tahun lalu sudah berakhir. Nora, 36, berharap pelakon Lara Aishah itu memenuhi segala 'aku janji' yang dimeterai atas budi bicara dirinya bersama peguam selepas menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam. "Alhamdulillah selepas lebih setahun kes ini berjalan semuanya telah berakhir atas budi bicara saya dan pihak guaman saya mengenai kes saman fitnah yang difailkan oleh saya terhadap beliau tahun lalu. "Saya menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap ‘aku janji’ dari pihak dia yang telah difailkan di mahkamah akan menjadi noktah buat semua. lampiran persetujuan dua belah pihak yang dimuat naik Nora di laman sosialnya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak kami bersaudara, lebih baik berdamai! Nora… Fasha mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN:Kemelut Nora Danish, Fasha Sandha bakal tamat selepas ke mahkamah "Bermaaf- maafan adalah amalan yang baik dan dimuliakan," kata Nora menerusi laman Instagramnya pada Sabtu. Nora turut memuat naik lampiran persetujuan dua belah pihak yang dilakukan pada 22 Mei lalu. Nora dalam satu kenyataannya seperti dilaporkan mStar Online pada 24 Mei lalu berkata, dia positif untuk melihat berlakunya perdamaian antara dia dengan Fasha. Selain itu, isteri kepada Nedim Nazri ini turut mengucapkan terima kasih kepada barisan guamannya yang berjaya memperolehi keputusan tersebut. Nora dan Fasha mengambil pendekatan menghapuskan persengketaan. “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan guaman diketuai Datuk David Garuptham, Datin Satwant Kaur dan Audrey Joyse Nelson kerana berjaya memperoleh keputusan ini,” tulisnya. Perselisihan faham antara mereka terjadi sejak sekian lama dan kemuncaknya apabila Fasha mendakwa dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya ia atas arahan Nora. Menerusi laporan mStar Online pada Jumaat, Fasha mengakui dia bersama Nora ada mengunjungi pejabat Mediasi di Mahkamah Shah Alam, pada 22 Mei lalu dalam usaha untuk berdamai. Menurut Fasha, demi anak-anak mereka yang bersaudara, adalah tidak molek dia dan Nora terus bermusuhan tanpa mencari titik nokhtahnya. Nora dan Fasha pilih untuk berdamai demi anak-anak mereka bersaudara. Malah, Fasha turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Nora atas salah faham dan isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen itu. Keutamaan untuk berdamai itu juga adalah atas dorongan hatinya yang memikirkan dua anaknya iaitu Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, serta anak sulung Nora, Putera Rayqal, 10, berkongsi kasih seorang bapa. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai.