suria

Kenapa Mr Grey minta peminat berhati-hati, apa dah jadi?

Fendy mendedahkan perkara itu di Instagram miliknya.

PELAKON yang sedang meningkat naik Fendy Bakry meminta peminat-peminatnya tidak tertipu dengan tindakan mana-mana individu menyamar sebagai dirinya.

Fendy, 30, menerusi laman Instagramnya berkata, dia tidak pernah membalas atau berbual dengan peminatnya di aplikasi WhatsApp.

"Hati-hati semua dengan scammer dekat luar sana, saya tidak akan pernah mesej dengan sesiapa pun, kecuali membaca setiap DM (mesej peribadi) yang di hantar," tulisnya.

Fendy turut memuat naik paparan skrin seorang individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya untuk tujuan tertentu.

Pelakon drama Mr Grey ini berharap peminatnya tidak mudah percaya dan tertipu dengan perbuatan individu tersebut.

Sebelum ini, pelakon berkenaan menjadi perhatian apabila dilaporkan mengalami sakit misteri sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Bagaimanapun, pengurusnya Fadzil Zahari menjelaskan keadaan kesihatan pelakon berkenaan kini beransur pulih.

Pada 25 Mei lalu, Fendi berjanji akan menceritakan kisah sebenar selepas keadaan kesihatannya kembali pulih sepenuhnya.


Fendy Bakry

Artikel Lain