suria

Izara mohon maaf, kesal foto dengan Tun M dikecam

Izara Aishah memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas tindakannya berkongsi foto-foto peribadi ketika berkunjung ke kediaman Perdana Menteri itu.

PELAKON Izara Aishah memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga terhadap tindakannya berkongsi foto-foto peribadi ketika berkunjung ke kediaman Perdana Menteri itu.

Pemilik nama sebenar Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 26, berkata, dia berasa kesal dan tidak menyangka posting yang dimuat naik di media sosial telah menerima reaksi negatif netizen.

"Seperti kebanyakkan rakyat Malaysia, saya sentiasa teruja setiap kali bertemu Tun Mahathir. Beberapa hari lalu juga sama, tapi saya tersilap langkah apabila memuat naik saat peribadi semasa kunjungan keluarga beraya.

"Saya kesal apabila ada netizen yang memberi reaksi negatif terhadap posting  tersebut. Kepada Tun dan keluarga saya mohon maaf kerana sikap yang terlalu terbuka. Maaf zahir dan batin," tulisnya.

Izara bersama keluarga berkunjung ke kediaman Tun M. Foto Instagram @ctdk

Pelakon filem J Revolusi itu mengakui kesilapan yang berlaku disebabkan rasa teruja setiap kali bertemu Tun M.

Sementara itu, sebelum ini, menerusi laman Twitter aktres berkenaan menyelar komen seorang netizen yang dianggap keterlaluan.

Individu itu menganggap Izara seorang yang plastik apabila dilihat bermesraan bersama isteri Perdana Menteri iaitu Tun Siti Hasmah.

"Tolong berambus. Saya sokong Tun bukan kerana parti. Datuk Seri Hishamuddin biras. Kalau awak tak tahu, lebih baik diam.

"Tun Siti sangat penyayang. Saya bertuah kerana dia memegang dan memeluk saya. Siapa tak sayang dorang? Awak yang plastik dan cemburu," tulisnya.

Izara Aishah, Tun M

Artikel Lain