suria

Yuna kongsi pengalaman beraya di lapangan terbang

Pengalaman beraya sebagai suami isteri di lapangan terbang. Foto Instagram: @yunamusic.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna berkongsi pengalaman sedih apabila terpaksa menyambut hari raya pertama bersama suami, Adam Sinclair di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun.

Yuna atau Yunalis Zarai, 32, berkata, mereka terpaksa menyambut Syawal pertama sebagai suami isteri di lapangan terbang kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles (LA).

"Pertama kali saya beraya dengan suami tapi di lapangan terbang Jepun sebab kami transit dari LA ke Kuala Lumpur.

"Ketika kami sampai di lapangan terbang itu Malaysia dah menyambut hari raya.

Produk Pantene memperkenalkan Yuna sebagai Duta Pantene Malaysia.

"Cemburu apabila lihat foto-foto di Instagram yang kebanyakkannya muat naik gambar bersama keluarga," katanya kepada mStar Online.

Yuna ditemui ketika pelancaran filem pendek Wanita Besi dan memperkenalkannya sebagai Duta Pantene Malaysia di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Yuna berkata, walaupun lewat tiba di tanah air namun dia dan Adam sempat meraikan hari raya bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada hari raya kedua.

Malah kata Yuna, dia juga sempat menziarahi kaum keluarganya di Perak selama dua hari sebelum bercuti bersama keluarga suaminya di Pulau Langkawi, Kedah.

Yuna dan suami sempat bercuti di Pulau Langkawi selama dua hari.

"Alhmdulillah saya dapat beraya dengan keluarga saya dan keluarga Adam di Shah Alam pada hari raya kedua. Dapatlah kami bergambar bersama.

"Lepas itu, saya dan suami pulang ke kampung saya yang terletak di Sayong dan Batu Gajah, Perak selama dua hari.

"Kemudian kami berdua sambung bercuti di Pulau Langkawi pula," ujarnya.

Yuna dan suaminya Adam atau Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, berkahwin pada 26 Januari lalu di Bentong, Pahang.

Yuna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain