suria

Benarkah Ardell Aryana hidap kanser? Status di laman sosial cetus persoalan!

Ardell masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai spekulasi dia sedang sakit.

SPEKULASI pelakon Ardell Aryana yang dikatakan sedang mengidap kanser tahap tiga masih menjadi tanda tanya.

Status yang dimuat naik di laman sosial Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, yang seakan-akan menggambarkan keadaannya kini menguatkan lagi andaian itu.

"Siapa yang tak sihat atau tak selera makan, boleh cuba ni. InsyaAllah. Bahan-bahannya ikut sunnah nabi kata ustaz.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih ustaz banyak bagi semangat dan doa serta usaha untuk bantu saya," kata Ardell.

Status yang dimuat naik Ardell.

Ardell memuat naik foto dan ucapan terima kasih itu menerusi laman Instastorynya pada Sabtu.

Malah, kapsyen yang dimuat naik Ardell mengenai keperitan menerima sebuah kenyataan menguatkan lagi spekulasi mengenai dirinya yang sedang sakit.

"Perkara yang perit adalah menerima sebuah kenyataan. Bertahun menerima sebuah kenyataan. Tak mungkin kau mula menyerah sekarang.

"Tetap bersemangat walau beribu kali engkau rebah lutut dan tapak tangan jatuh ke tanah kerana tanah dan kita akhirnya bersama," tulisnya.

Kapsyen yang seakan menggambarkan keadaan Ardell sekarang.

Bagaimanapun, usaha mStar Online untuk mendapat kenyataan Ardell tidak berjaya dan dia masih mendiamkan diri.

Sebelum ini, pelakon Nadzmi Adhwa memuat naik status di laman Instagramnya menasihati Ardell supaya tidak cepat mengalah dengan ujian Allah.

Status tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan malah, ada salah seorang netizen mendedahkan pelakon wanita itu kini mengidap penyakit kanser tahap tiga.

Namun, Nadzmi yang berkawan baik dengan Ardell memohon agar netizen tidak membuat andaian sendiri.

Ardell Aryana

Artikel Lain