suria

'Dukun' ditayangkan di New York

Datin Seri Umie Aida memegang watak utama sebagai Diana Dahlan dalam filem Dukun.

PETALING JAYA: Filem Dukun mencipta sejarah apabila ia bakal ditayangkan di Amerika Syarikat bersempena New York Asian Film Festival 2018 (NYAFF) yang sedang berlangsung sejak 29 Jun lalu.

Astro Shaw menerusi kenyataan kepada mStar Online memberitahu Dukun arahan Dain Said juga akan dipertandingkan dalam kategori Audience Awards pada festival itu yang mana pemilihan dibuat berdasarkan undian pengkarya filem dan penonton filem tempatan.

Manakala pemenang akan diumumkan pada hari terakhir festival berlangsung.

Dukun akan ditayangkan di festival itu pada 13 Julai ini bertempat di SVA Theatre.

Barisan pelakon Dukun; (dari kiri) Hasnul Rahmat, Faizal Hussien, Din Said (pengarah) dan Umie Aida.

Festival itu yang bermula sejak 29 Jun lalu sehingga15 Julai anjuran Subway Cinema and Film Society of Lincoln Center adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada filem-filem Asia untuk diiktiraf dan ditayangkan di New York.

Dukun yang sebelum ini ditunda tayangannya selama 12 tahun berjaya mengutip RM11 juta selepas ia ditayangkan di Malaysia, Brunei dan Singapura pada 5 April lalu.

Ia membariskan pelakon hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Elyana, Allahyarham Ramli Hassan dan Adlin Aman Ramlie.

Dukun

Artikel Lain