suria

Menunggu saat bersalin, Memey Suhaiza minta maaf

Memey Suhaiza dijangka melahirkan bayi perempuan pada Khamis.

PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza tampil memohon maaf sekiranya dia ada membuat kesalahan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.

Memey, 30, turut meminta pengikutnya di laman sosial Instagram mendoakan dirinya dan bayi dalam kandungannya dapat dilahirkan dengan selamat.

Ini kerana Memey memberitahu dia dijangka melahirkan bagi ketiganya itu hari ini (Khamis) dan kini sudah pun berada di hospital.

Norman mencium bayinya yang baru dilahirkan.

"Saya minta maaf ya kalau saya ada salah silap sama ada sedar atau tidak. Doakan saya dan baby selamat.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Semoga Allah membalasnya.

"Okey, sah nak bersalin hari ini. Sampai hospital, Dr Zarina Bibi periksa rupanya (bukaan) dah 5 cm," katanya.

Memey bersama suami dan dua orang anaknya.

Memey yang bakal melahirkan bayi perempuan turut memberitahu terkejut bakal bersalin kerana tidak mengalami simpton dan tanda kelahiran.

"Terkejut juga sebab tak rasa apa-apa sangat lagi. Sekarang dah tunggu dekat bilik bersalin," katanya.

Memey dan Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Dalam pada menerusi kemaskini terbaharu Norman memaklumkan Memey selamat melahirkan anak ketiga mereka kira-kira pukul 12.52 petang Khamis.

Bayi itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.35 kilogram.

Memey Suhaiza, Norman Hakim

Artikel Lain