suria

Baby Shima sedari tak popular

Shima lebih selesa berkongsi tentang kerjayanya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Baby Shima lebih selesa berkongsi mengenai aktiviti kerjaya berbanding kisah peribadi.

Shima, 24, berkata dia tidak kisah peminat ingin mengetahui kisah di sebalik karier namun dia tidak akan bercerita mengenai dirinya.

"Sebenarnya saya malas nak cerita kisah peribadi. Kalau boleh tak nak dan tak akan bercerita.

"Sebab bagi saya, lebih baik nak fokus pada kerjaya sahaja. Tapi kalau ada peminat nak korek juga, korek la.

Shima enggan berkongsi kisah peribadi.

"Lumrah sebagai seorang artis, nak tak nak kena bersedia menghadapinya. Saya buat tak tahu sahaja la," kata Shima kepada mStar Online.

Shima ditemui ketika sidang media Big Stage di Chamber 3 KL, di sini pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Shima teruja dapat menyertai program realiti terbaharu iaitu Big Stage yang menampilkan 10 penyanyi muda berentap di satu pentas yang sama.

Menurut bekas peserta D'Academy Asia musim ke 3 ini, dia yang mempunyai kerjaya di Indonesia sanggup berulang alik ke Malaysia setiap minggu demi mengejar peluang.

Barisan peserta dan juri tetap Big Stage.

"Saya tak rasa diri sudah popular. Sebab itu saya sanggup selagi ada peluang depan mata. Dah dapat peluang, kena cuba.

"Saya tak akan berputus asa. Setiap minggu saya akan ulang alik dari Malaysia ke Indonesia. Jadual pun sudah disusun baik," ujarnya.

Selain Shima, barisan peserta Big Stage terdiri daripada Ariff Bahran, Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain, Tajul, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie.

Program tersebut akan bermula 5 Ogos depan pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Baby Shima, Big Stage

Artikel Sebelum

Artikel Lain