suria

Awas! Niena Baharun beri amaran

Niena bakal ambil tindakan jika ada pihak yang masih menggunakan fotonya dengan tujuan pengiklanan.

PELAKON Niena Baharun memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjwab menyalahgunakan gambar atau videonya untuk tujuan pengiklanan.

Niena atau Amaniena Kamarul Baharun, 25, berkata dia tidak teragak-agak mengambil tindakan jika pihak tersebut masih melakukan perkara yang sama.

"Segala gambar atau video saya yang digunakan untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi barang atau perkhidmatan di sosial media, tidak pernah mendapat keizinan dan persetujuan daripada pihak saya.

"Diharapkan pihak berkenaan jangan menyalahgunakan dan padam serta merta gambar saya untuk sebarang tujuan yang berkaitan dengan pengiklanan.

Niena muat naik status amaran menerusi laman Instastory.

"Jika perkara ini berterusan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya," tulis Niena menerusi laman Instastorynya.

Pelakon drama Sayangku Kapten Mukriz ini juga ada memuat naik mesej pemohonan maaf dari beberapa pihak yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran.

Pihak tersebut mengakui kesilapan mereka dan telah mengambil langkah untuk memadam foto berkenaan.

"Assalammulaikum Niena, saya mohon maaf sebab ada guna gambar Niena melalui Instagram. Saya ambil melalui team yang muat naik dan saya ada repost foto itu.

Niena Baharun.

"Selagi saya mohon maaf atas kecuaian saya sendiri dan saya dah padam foto Niena dari IG saya.

"Salam Niena. Maaf ya fasal gambar yang insuran tu. Saya dah padam. Mungkin lepas ni saya lebih berhati-hati," tulis beberapa pemilik akaun di laman sosial.

Niena kini menjadi bualan hangat netizen di laman sosial gara-gara watak sebagai Husna menerusi drama Jangan Benci Cintaku.

Watak tersebut  yang  telah mencetuskan kemarahan penonton terhadap Niena 

Niena Baharun

Artikel Berikut

Artikel Lain