suria

Artis pakai barang tiruan jangan marah jenama sendiri kena ciplak - Micheal Ang

Michael Ang meminta artis atau Instafamous yang menggunakan barangan jenama tiruan tidak berasa marah sekiranya produk atau hasil kerja mereka turut menjadi mangsa ciplak.

KEMUNCULAN sebuah akaun Instagram yang mendedahkan langkah beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan mendapat perhatian luar biasa netizen.

Walaupun ada segelintir selebriti yang mempertahankan tindakan mereka menggunakan barangan tiruan namun ramai berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku kerana ia melanggar hak cipta sesuatu jenama.

Bagi pengarah Michael Ang, dia meminta agar artis atau Instafamous yang memilih barangan palsu agar tidak berasa marah sekiranya produk atau hasil kerja mereka turut diciplak.

ARTIKEL BERKAITAN:Fathia Latiff, Emma Maembong, Janna Nick, Aiman Tino antara artis dikesan pakai jenama tiruan

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun IG dedah aib selebriti ‘hilang’, pemilik tak serik buat analisis

Ini kerana kata Michael, apa yang dilakukan akan menjadi karma yang pada akhirnya akan berbalik kembali kepada seseorang itu semula.

Michale memberikan pendapatnya mengenai isu selebriti menggunakan barangan ciplak di Instagram. 

"Kepada artis atau Instafamous, suka hati kau orang la nak pakai original atau fake! Kalau yang memilih (barangan) fake tu jangan pulak bila hasil kerja atau barangan kau orang diciplak kau orang melenting dan minta belas kasihan!

"Sebab apa yang kita buat akan berbalik pada kita kembali! So chill sudah!" tulisnya.

Dalam pada itu, Michael berkata, dia berharap kenyataannya itu tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak kerana ia sekadar pandangan.

"Pendapat saya sahaja. Bukan back up or kutuk sesiapa. Jadi tak payah terasa. Sayang anda semua," tulisnya lagi.

Sebelum ini terdapat sebuah akaun instagram yang berkongsi gambar aertis bersama barangan dipakai mereka dariapda jenama mewah namun ia sebvenarnya barangan tiruan.

Antara artis yang dikaitkan dalam hal berkenaan termasuklah Aiman Tino, Janna Nick, Ara Johari, Fathia Latiff dan Emma Maembong.

Michael Ang

Artikel Lain