suria

Putar belit cerita, berlagak, suka main cinta...! Zahirah sindir siapa?

Zahirah dan Zul saling sindir menyindir di Instagram.

PELAKON Zahirah MacWilson memuat naik status di Instastory miliknya pada malam Khamis seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang dipercayai bekas kekasihnya, mungkin Zul Ariffin.

Kenyataan berbaur sindiran itu menjelaskan bahawa individu dimaksudkan itu sudah memutar belit cerita, berlagak menjadi mangsa, menyalahkan orang lain dan suka bermain cinta.

"Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini I love you, sana I love you. Dia buat takpe.

"Kamu tahu siapa yang saya maksudkan," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal di Phuket, Zul Ariffin layan wanita Ukraine macam orang lain

Zahirah dan Zul muat naik di IG Story pada Khamis.

Awal minggu lalu kecoh foto-foto bekas kekasihnya iaitu aktor Zul Ariffin bercuti di Phuket bersama seorang wanita yang berasal dari Ukraine.

Bagaimanapun, Zul, 32,menjelaskan mengenali wanita itu ketika dia berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri.

Sementara itu, Zul pada masa yang sama turut memuat naik mesej di Instastory seperti membalas kenyataan pelakon Jangan Benci Cintaku itu dan meminta dia untuk meneruskan kehidupan baharu.

Zul berkata, dia seorang yang sibuk dan tiada masa untuk melayan budak-budak yang inginkan perhatian.

"Get yourself together, get grip and move on lah dik. Abang sibuk, nak layan sindrom budak-budak baru yang nak dapat perhatian," ujarnya.

Selain itu, Zul turut mengulang posting yang dimuat naik rakannya bahawa dia tidak memerlukan 15 artikel media untuk membuktikan dia sudah pulih daripada kekecewaan lalu.

Zul pada April lalu mendedahkan hubungan percintaan yang dibina selama tiga tahun bersama Zahirah sudah berakhir pada Mac 2018.

Zahirah MacWilson, Zul Ariffin

Artikel Lain