TINDAKAN pelakon dan pengacara Yana Samsudin menolak untuk bersalaman dengan salah seorang anggota Running Man mendapat perhatian netizen. Menerusi video yang dimuat naik Yana pada Sabtu, dia menolak secara baik apabila salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Jee Seok untuk bersalaman dengannya. Bagaimanapun, Yana kemudian menjelaskan bahawa dia hanya bersalaman dengan wanita. "I only shake hands with girl (Saya hanya bersalaman dengan perempuan sahaja)" ujarnya. (Pukul 9am nanti saya buat Live kat FB saya ok, khas buat yang takda or tak sempat tengok TV9 ????) . Assalamualaikum salam Jumaat semua... anneyohasayo ? haaa... yana nak share yang hari Ahad ni (5 Ogos) kita akan berjumpa di Mydin USJ jam 1pm untuk #CampurCampurSiap masak live dengan yana ? haa.. kita leh share resepi acik acik bawang dengan korang... . . . Untuk esok pulak standby di Tv9 jam 9am tau, yana bersama geng abam & hakak Korea #RunningMan ( @jeeseokjin @yangse2848 @ssongjjong.ifnt @jeaworld ) akan offer korang barang-barang best & rare dari Korea? . . khas kolaborasi #SalesKingTV & @cjwowshop save no ni 1800180808 cepat, esok kalau peminat nak beli barang leh support untuk capai misi diorang kasi SOLD OUT!!! hikhik... jangan lupa k.. 2 date nih ? #TheWowShow #CjWowShop #YanaHosting #SungJong #Infinite #jisukjin #yangsechan #jea #browneyedgirls #inspirit #HidupMestiAdawow A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on Aug 3, 2018 at 1:53am PDT Video berdurasi satu minit itu mendapat hampir 170,000 tontonan di laman sosial miliknya. Rata-rata memuji tindakan pelakon filem Adnan Sempit ini yang menjaga akhlak dan batas sebagai seorang muslimah. Rata-rata netizen memuji tindakan Yana. Sementara itu Yana berkata, dia akan bersiaran secara langsung bersama ahli Running Man pada Ahad ini di TV9 dalam rancangan CJ Wow Shop. "Esok (Ahad) bersedia Yana akan bersama abang dan akak dari Korea Runing Man untuk offer korang barang yang terbaik dari Korea," ujarnya. Empat selebriti popular Korea Selatan ke Malaysia bagi menghangatkan rancangan CJ Wow Shop dengan kerjasama Channel A menerusi program Sales King TV. Antara selebriti tersebut iaitu anggota Running Man iaitu Ji Suk-jin dan Yang Se-chan serta penyanyi JeA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-jong (INFINITE).