suria

Fesyen ‘zaman nenek kau’ Nabila Huda dikritik

Fesyen Nabila Huda yang menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2018) dikecam netizen.

PENAMPILAN pelakon sensasi Nabila Huda di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) yang berlangsung di Pavillion pada Sabtu mendapat perhatian netizen.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 34, memperagakan gaun berwarna hitam dengan belahan di bahagian kaki digayakan bersama skaf mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkan gaya itu agak keterlaluan.

Pelakon drama Dendam Aurora yang memuat naik foto di laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen 'fesyen zaman nenek kau' mendapat leboh 1,000 komen yang rata-rata meluahkan rasa kurang senang.

Rata-rata menegur pemakaian tersebut sebagai tidak sesuai digayakan oleh seorang selebriti yang sering dijadikan ikutan.

Nabila hadir memberi sokongan kepada pereka fesyen Syominrizwagupta

Foto berkenaan mendapat lebih 40,000 tanda suka, manakala 1,400 komen.

Dia dituduh seolah-olah memperlekehkan pemakaian tudung yang kebiasaanya dipakai dengan penampilan menutup aurat.

"Netizen tak salahkan sis berfesyen cuma kami harap sis jaga sensetiviti agama. Masyarakat kita sinonim yang hijab itu menutup aurat dengan sempurna.

"Sebagai selebriti, semua trend, gaya dan personaliti menjadi ikutan masyarakat," ujar netizen.

Foto dan kapsyen Nabila Huda jadi perhatian.

Bagaimanapun, penampilan itu mendapat pujian beberapa rakan artis yang menganggap gaya tersebut pernah popular dan menjadi trend barat pada era 50-an dahulu.

Dalam pada itu, Nabila yang membalas komen-komen negatif tersebut meminta agar mereka unfollow atau mengikuti di laman sosial miliknya itu.

"Tak suka boleh unfollow atau anda akan disekat dalam masa 10 minit. Tengok gambar saya puas-puas dulu, lepas ni dah tak boleh tengok," tulisnya.

Nabila Huda

Artikel Lain